Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 20, 2011

Pakatan Rakyat akan hapus saman ekor


TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat berikrar akan menghapuskan peraturan saman ekor jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya ketika berceramah di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Jertih malam tadi.
Hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.
Sementara itu, ketika mengadakan sidang media selepas itu, Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya  negeri Sarawak.
Ia katanya berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP.
“Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9377
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular