Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 20, 2011

MANA SEMUA POLIS?

Aku marah...geram sangat2 semalam. Petang kelmarin berlaku satu kemalangan maut dlm taman perumahan aku ...aku x leh bayangkan..mmg kadar kemalangan kat Malaysia kita nie mmg btoi2 dh gila.. dlm kawasan taman perumahan pon boleh xcident dan membawa maut !
Bila aku sampai , sorang dh confirmed dead manakala lagi 2 org badly injured . Memang ngeri aku tengok..hancur muka . Aku x pasti mcm mana kemalangan tu boleh terjadi , drp cakap2 org kejadian tu akibat langgar lari oleh lori yg membawa pasir @ semen .

OK yg aku marah bukannya pasal kemalangan tu..tapi sikap anggota2 balai polis kat taman aku yg tidak menjalankan tugas sepatutnya dan tidak bertanggungjawab langsung .Korang boleh bayang tak..lokasi kemalangan dgn balai cuma 20 ke 30 meter saja ! Tapi tidak seorang pon anggota polis dari balai tersebut datang membantu hatta menjaga lalulintas pada waktu itu ! semua tugas ini dilakukan oleh anggota ronda sukarela kat taman aku tu ..apa hal ni polis ..kanapa sampai jadi mcm ni ? Dimanakah moto "SEDIA BERKHIDMAT" tu ???

Hati dah panas..bukan aku saja .semua org berada kat situ meluahkan rasa tidak puas hati pd anggota2 polis balai tu ..apa lagi aku pon call lah RAKAN COP siap dgn SMS skali .Aku sampai lokasi kejadian lebih kurang jam 5.40pm..ambulan dan bomba sukarela lebih cepat datang dari polis .Lebih kurang pukul 6pm , barulah patrol car datang..itupon dari balai yg berhampiran !



Luahan aku hari ni bukannya aku tujukan pada semua anggota polis kat Malaysia ni..x dinafikan ramai anggota2 polis telah menjalankan tugas murni menjaga keselamatan kita semua selama ini ..cuma segelintir anggota kat tmn aku tu ja .

Atas sebab2 keselamatan , nama balai serta lokasi kejadian aku x boleh dedahkan..
tak pasai2 aku masuk ISA nanti hehe...

Lagi berita dan gambar sila lihat di - gilamodified.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular