Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 27, 2011

1Malaysia Sudah Tertipu, Taib Mahmud Pertahan Kerusi ADUN

[BH] MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.
 


1Malaysia tertipu...
Saya petik:
“Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya. Itulah sebab saya di sini hari ini (semalam) untuk melawat pejabat ini,” katanya ketika ditanya wartawan ketika kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian, di sini. 

Taib berkata, parti itu meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru. 

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.

“Selepas kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April ini,” katanya. 
P/s: Taib Mahmud mengumumkan dua hari sebelum DUN Sarawak dibubarkan bahawa dia akan mengundurkan diri selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Semua dimaklumkan bahawa dia tidak akan menawarkan diri untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas PRN ini. 

Orang Sarawak berasa lega dengan pengumuman itu.

Tiba-tiba semalam Taib Mahmud mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan Kerusi DUNnya. 1Malaysia tertipu!


Jika Taib Mahmud masih di DUN walaupun bukan sebagai KM,  apa bezanya Sawarak semasa dan selepas Taib Mahmud sebagai KM? Tidak terbayangkah anda bahawa KM baru yang bakal dilantik (jika BN masih berpeluang memerintah) itu hanya BONEKA Taib Mahmud? Pusing macam mana pun. macam itu jugalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular