Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 27, 2011

UMNO yang sepatutnya menyesal

SEREMBAN – Pas tidak sedikit pun kesal menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar sebaliknya berkata, UMNO yang sepatutnya menyesal kerana menolak Anwar daripada parti itu. 

“Mungkin kerana penyertaan Anwar dalam PR memberi ancaman kepada parti itu dan terus mendakwa Pas melakukan kesilapan besar. 

“Setakat ini, kami sebagai rakan dan ahli PR tidak mempunyai sebarang masalah mahupun berasa gusar sejak Anwar menyertai PR,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. 

Menurutnya, apa pun dakwaan dan fitnah dilemparkan kepada Anwar, PR masih bermuafakat atas dasar menentang salah guna kuasa dilakukan UMNO. 

“UMNO banyak melakukan cubaan untuk menjatuhkan karier Anwar dengan harapan memberi pengaruh kepada rakyat supaya tidak menyokong beliau. 

“Walau apa pun fitnah yang dilakukan, kesetiaan rakyat terhadap PR masih tidak tergugat sebaliknya bilangan penyokong dilihat semakin bertambah kini,” katanya. 

Zulkefly berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri dan tokoh wartawan negara, Tan Sri Zainuddin yang mendakwa Pas ulangi kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila membawa masuk Anwar dalam UMNO ketika di bawah pimpinannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular