Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 23, 2011

MIC Marah,Muhyiddin "Putar Belit" Kenyataan..


Wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera Interlok yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

“Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah,” kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin (gambar) tidak benar,” katanya.

Juragan : Kini...BN Semakin Tidak Tenang di "TENANG"

from Karat E-jau 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular