Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 29, 2011

Islam cara Muhyiddin??? .. Ikut Peredaran masa beb!!!!!


LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.

"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang Pas makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon pada pilihan raya.
Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu.

Muhyiddin turut ditanya tentang peluang BN untuk menang pilihan raya kecil DUN Tenang dengan majoriti yang lebih besar, beliau berkata, kempen pilihan raya kecil itu menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.

"Saya lihat ada perkembangan yang boleh dikatakan menggalakkan. Di dalam semua pertemuan, sambutan menggalakkan. Ramai pemimpin tampil ke hadapan mahu membantu BN," katanya.

Pilihan raya DUN Tenang akan diadakan Ahad ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon Pas, Normala Sudirman. - BERNAMA

Pengumuman.ayah artis ini tak jahil tukil..ini bukan aurat namanya dalam kitab jurus ke 18 juzuk FLOM .kitAB AJARAn umno yahudi apco..ERK....tak takut Chua Soi Sex goda ker hah

Mak aiii..tak jahil tukil, alim suci mulia bersih wara' sungguh dedi dia nih..muakakakkaaka




gambar tidak ada mengena dengan tajuk..muakakakakakakaa..ini gambar artis la bongok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular