"Sebagai isteri, sudah tentu peranan saya terus memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada suami untuk memastikan beliau bekerja kuat mendapatkan sokongan," kata Tuty Roshizana Tumin.
Isteri calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim itu, berkata beliau yakin sokongan itu menjadi azimat dan perangsang kepada suami supaya tidak patah semangat walaupun diasak serangan dan tuduhan pembangkang.Beliau mengakui jadual hariannya turut berubah sejak Mohd Azahar dinamakan sebagai calon BN, tetapi tidak menganggapnya beban.
“Setiap hari bangun jam 6.30 pagi untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan kepada suami sebelum mengikuti semua program kempen yang sudah diatur. Paling ketara, saya sekarang berjumpa ramai orang dari segenap lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Dulu selalu juga berjumpa rakyat, tetapi tidak seramai seperti sekarang,” katanya.
Juragan : Wa nak kasi tahu lu orang..Ustaz kata subuh gajah bermaksud menunaikan solat subuh penghujung waktu,dah nak siang bro..berbanding dgn Ckg Mala yang setiap pagi menjadi kebiasaan bangun jam 5.00 pagi..fuhhh..lu orang sendiri pikirrr... by Juragan