Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 29, 2011

Meroyan bila dikatakan 'jahil'?......oh kerana.....


Orang Umno marah sangat-sangat terutamanya Muhyiddin Timbalan Presidennya bila dikatakan orang Umno jahil.
Ye lah orang bijak pandai......mentadbir negara kurang lebih 53 tahun dikatakan jahil. Mereka ada peguam, jurutera, akauntan, doktor dan pelbagai profesion lain boleh dikatakan jahil. Orang-orang Agama mereka pun mungkin marah sama cuma tak berapa berani nak bersuara takut-takut ter'kantoi'.

Orang Agama mereka seperti Tok-Tok Peti......bukan peti limau mandarin tahu atau peti ais tentu tersinggung kerana maksud asal jahiliah mereka tentu faham.....mustahil mereka tak faham ayat ini : "Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maidah:50).

Tapi kalau nak disamakan mereka ni sama dengan peti limau mandarin atau peti ais pun bolehlah jugak. Peti limau mandarin mungkin mengandungi limau yang manis-manis.....tapi jikalau ditutup rapat disimpan hingga membusuk limau itu...apa faedahnya...membazir...lama-lama mereput dan membusuk.

Begitu juga peti ais yang di dalamnya mungkin mengandungi pelbagai sayuran yang berzat...pelbagai buah-buahan yang manis serta lazat...pelbagai ikan, daging lembu dan ayam, telur.....tetapi jika tertutup rapat.....tidak dimanfaatkan segala isi dalamnya.....maka membekulah kepelbagaian isi di dalam.....mengeras seperti batu higga tamat tempoh segaranya.

Begitulah Tok-Tok Peti serta penasihat Agama mereka membeku dan mengeras ilmu di dada.....mereput dan membusuk segala ilmu tapi tidak dimanfaatkan kepada rakyat.

Masyarakat jahiliyah Arab dahulu bukannya bodoh-bodoh. Mereka mahir bersyair......mereka berteknologi tinggi, setinggi piramid yang sehingga sekarang menjadi 'misteri'.....mereka mahir dalam ilmu pembinaan serta lanskap dan kejuruteraan.....kalau tidak mana mungkin gunung ganang ditebuk menjadikan bangunan serta membina bangunan yang tinggi kalau tidak mempunyai ilmu kejuruteraan sifat-sifat tanah (soil properties) seperti kaum Thamud dan kaum 'Aad.

Kaum Saba juga mempunya kepakaran kejuruteraan hidraulik sehingga berjaya merekabentuk sistem pengairan serta mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian sehingga negara melimpah ruah dengan hasil pertanian.

Tetapi kenapa kaum ini dianggap jahiliah sehingga dirakam dalam Al-Quran?

Tok-Tok Peti, Ulaarmak muda, ex-boss Kagat, Masi-Antah al-darurah tentu boleh merungkaikan apa maknanya berilmu dan berteknologi tinggi tapi menolak perintah Al-Quran yang mengandungi semua aspek kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular