Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 28, 2011

Santa Claus dah turun MERLIMAU

Depa dah start taboq dah.. ambik jangan tak ambik....tak tau nak buat apa duit mai bagi kat kami....
Bantuan kepada golongan kurang bernasib baik


MERLIMAU - Seramai 1,046 golongan kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bantuan bulanan diberikan itu membabitkan peruntukan RM279,500 sebulan. 

Menurutnya, ini adalah sebahagian daripada RM6.3 juta disalurkan setiap bulan oleh JKM untuk membantu golongan berkenaan. 

“Pada tahun ini, JKM memohon RM65 juta daripada Kerajaan Persekutuan, sementara RM11 juta menerusi Kerajaan Negeri sebagai bantuan kepada mereka,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan dan Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina JKM Negeri DUN Merlimau di Dewan Datuk Md Ithnin, di sini, semalam. 

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman; Timbalannya, Datuk Hasan Abd Rahman; Penolong Pengarah Kanan JKM negeri, Mohd Zamry Abulis dan Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang. SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular