Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 28, 2011

Najib buat U turn tuduh Anwar agen Arab Saudi pulak



Namun begitu, seperti yang didedahkan oleh portal berita terkenal luar negara, CNN, rupa-rupanya di dalam diam, Najib telah melakukan satu pusingan U turn apabila membuat aduan tidak puas hati kepada Arab Saudi dengan mendakwa bahawa putera raja negara tersebut telah memberikan dana yang besar kepada Anwar Ibrahim untuk biaya Pilihanraya Umum yang akan datang.

Dari menjadi agen Yahudi yang anti Islam, kini Anwar Ibrahim dituduh menjadiagen Arab Saudi pula. Namun hasil penyiasatan rahsia negara tersebut menunjukkan dakwaan Najib terhadap penglibatan Putera Arab Saudi itu tidak berasas, namun begitu, hasil siasatan perisikan Arab Saudi seperti yang dilaporkan oleh CNN menunjukkan bukti bahawa ratusan juta dolar telah disalur keluar dari arab saudi untuk membantu ahli politik dan aktivis Islam luar negara itu. Malah turut melibatkan kumpulan Al-Qaeda. Rujuk link ini [CNN] atau klik gambar dibawah untuk membaca laporan CNN

Apapun berita ini menunjukkan bukti bahawa tuduhan najib yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi, ternyata satu propaganda dan pembohongan pemimpin UMNO dan para blogger pencacai.

Sekiranya benar sekalipun Arab Saudi ada memberikan dana kepada ahli politik Islam luar negara, dan Anwar Ibrahim termasuk di dalam kumpulan yang dibiayai, maka tohmahan pemimpin UMNO selama ini yang mendakwa ada pihak yahudi yang membiayai Anwar Ibrahim jelaslah hanya propaganda untuk menanamkan kebencian. Malah jelas sekali Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk menerima dana yang besar dari sumber selain putera Negara Arab Saudi untuk memimpin Parti Islam di Malaysia bukan menjadi agen Yahudi.

Kalau menjadi agen pun, tidak mengapalah, kerana Anwar menjadi agen sebuah kumpulan Islam tidak dikenali dari Arab Saudi, bukan menjadi agen Yahudiyang anti Islam.




ReJaM© "Apa yang jelas dan terbukti, Najib membayar penasihat Yahudi dari APCO Worldwide untuk menangani masaalah politik Malaysia dan menaikkan imej kepimpinannya... ini fakta!"   by ReJaM©
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular