Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 29, 2011

Muhyiddin terasa dia termasuk dalam kalangan "ORANG JAHILIAH" ?




Bagi saya orang yang tersinggung dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu hanyalah orang-orang umn0-apco, bukannya seluruh umat Islam di Malaysia yang didakwa Muhyiddin. Anda tahu tentang orang jahiliah dan perangai mereka? Cari dan bacalah buku di atas. TPM itu juga tidak faham apa maksud fatwa sehingga apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu dianggap fatwa. Alahai...

Saya petik:
[MStar] LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, Jumaat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. - BERNAMA
http://kafesantai.blogspot.com/2011/01/muhyiddin-terasa-dia-termasuk-dalam.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular