Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara turut berperanan membantu mempromosikan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala.
Beliau berkata Rosmah bijak menggunakan kedudukannya sebagai isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara yang dilawatinya.
Katanya kewibawaan Rosmah diiktiraf oleh negara dan kerajaan luar apabila sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.
"Datin Seri Rosmah memang cerdik dan pandai. Di sebalik Perdana Menteri, ada isteri yang menolong (beliau)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengagihan Ternakan Program Pembasmian Kemiskinan di Kimanis, hari ini.
Baca seterusnya di SINI