Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 28, 2011

Gerai Peniaga PAS Dipaksa Untuk Dialihkan Segera!!


Lebih kurang 20 gerai peniaga yang bernaung atas nama parti PAS, telah diminta oleh Pihak Berkuasa Majlis Daerah Labis berkuat-kuasa serta merta ketika hujan lebat turun berderai-derai.

Alasan yang diberikan adalah sangat tidak munahsabah apabila pihak berkuasa menyatakan bahawa gerai-gerai tersebut telah menghalang lalu lintas di jalan Labis-Segamat. Sedangkan mengikut gambar yang dikepil dan mengikut pemerhatian, gerai yang perlu dialihkan itu tidak sedikitpun mengganggu lalulintas malah jalanraya lancar walaupun ketika di musim pilihanraya. 

Ini satu lagi kekejaman ala-zionis apabila dengan alasan yang tidak kukuh, pihak berkuasa dengan sengaja mengarahkan gerai tersebut dialih, sedangkan terdapat gerai kekal yang telah lama wujud tidak jauh dari kawasan berkenaan. 

Mengapa halang orang-orang yang kesemuanya terdiri daripada melayu kita berniaga mencari rezeki tambahan di kala kehadiran pilihanraya. 

Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak harus bersekongkol dengan gerombolan UMNO yang sentiasa mencari jalan untuk menyusahkan penyokong PR sehinggakan dalam keadaan hujan yang tidak henti-henti ini, mereka minta gerai tersebut dialih. Di manakah timbang rasa keperimanusiaan? 

Rakyat susah, semakin disusahkan!! Sayangilah hak mengundi anda dan raikan demokrasi dengan menumbangkan kerajaan zalim!! 


EDYES @ edyesdotcom 
Melaporkan dari pekan Labis 

Lagi Story di [edyesdotcom]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular