“Kemurungan ini sebahagian daripada keluarga penyakit sakit jiwa, mereka yang ada penyakit ini sepatutnya duduk di rumah bukannya bertemu orang ramai, pesakit seperti ini boleh melakukan tindakan tanpa diduga kerana hilang kawalan, dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan,” kata YB Hamidah Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli yang menyatakan Maarof mengambil cuti sakit yang panjang kerana mengalami masalah sakit jiwa.
Perbuatan Maarof yang mengambil cuti sakit yang panjang tetapi kelihatan sering bersama isterinya berkempen di DUN Tenang sejak dari tarikh pencalonan PRK DUN Tenang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana dia mendapat cuti sakit yang panjang dan berkempen .
Tindakan menggunakan cuti Maarof untuk berkempen di Tenang telah menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai kerana penyalahan guna cuti sakit yang diberi kepadanya.
“Jika benar dia mengalami masalah itu, sepatutnya sudah di rujuk kepada pihak hospital kerana Maarof dilaporkan sakit sehingga dia diberi cuti sakit sehingga 21 hari, sedangkan dia kelihatan berkempen bersama isterinya.
“Kalau sakit kata sakit, jangan gunakan alasan sakit untuk dapat cuti kemudian pergi bantu isteri berkempen, ini suatu penipuan, pihak terbabit perlu menjalankan siasatan bukan sahaja kepada Maarof tetapi kepada mereka yang mengeluarkan cuti sakit itu”, ujarnya.
Sementara itu, Normala kelihatan cuba melindungi suaminya, dengan meminta jawapan mengenai kewajaran cuti sakit suaminya itu daripada pihak yang terbabit dalam pengeluaran sijil cuti sakit.
Hamidah menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan penipuan yang dibuat oleh Pas bukan sahaja membabitkan isu malah turut membuat penipuan mengenai kesihatan diri demi kepentingan politik.
“Benarlah Pas adalah parti penipu, kesihatan diri pun turut dijadikan modal untuk menipu sehingga sanggup mengaku adala masalah kemurungan, kemurungan itu adalah sakit jiwa,” katanya-mediaumno
Kisah Juragan di SINI