Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 29, 2011

6 'Jahanam'......kurang 4 jadi '10 budak hitam'.....


Melengkapi 6 'jahanam'.

Maka sahlah Gopalakrishnan keluar PKR.

Sebelum ini 4 orang juga telah keluar PKR iaitu Zahrain Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dipecat.
Percayalah anda, kalau ada mana ahli yang lagaknya lebih sudu dari kuah, semangat berlebihan macam kanak-kanak 'hyperactive', bermacam-macam lagak magikal serta aksi antics......awasi pergerakannya.

Sebelum ini katak Kulim telah buktikan kononnya dia ni kuat keIslamannya.....sekarang berjangkit pada Padang Serai dengan lagak seluar ter'londeh'nya.

Harap-harap 6 'jahanam' itu menamatkan acara lompat yang hangat ini......kerana kalau ia meningkat ke angka 10, maka Umno/BN akan menyambut dengan meriah sekali sambil menyanyi lagu '10 budak hitam'.

Kalau diperhati dan teropong dari jauh potensi ke arah wujudnya '10 budak hitam' memang ada......4 orang lagi untuk mengenapkan 10 orang memang ada bakat besar......kalau boleh tolonglah tengok-tengok......pandang-pandang......dengar-dengar keluhan mereka, wahai Bro. Anwar kerana kami sayangkan Pakatan Rakyat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular