Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 28, 2011

11 terlibat hanya seorang didakwa, seorang itu pun dah dibebaskan - Video DiDalam




PETALING JAYA 28 Jan.: Anggota keluarga A Kugan, yang kesal dengan pembebasan konstabel V Navindran, menuntut supaya suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk memyiasat punca kematiannya.


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Navindran, 28, daripada tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan, 22, ketika menyoalsiasatnya di balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada 16 Januari 2009.

Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini bahawa suruhanjaya itu perlu menyiasat secara terperinci kes tersebut dipetik Malaysiakini.

"Kami mahukan suruhanjaya tersebut diberi kuasa yang luas, supaya kematian tersebut dapat disiasat secara terperinci. Semua mereka yang terlibat, mesti didakwa.

"Inilah yang terjadi apabila tidak ada ketelusan," tambahnya.

Ibu saudara Kugan, S Reguna, 33, berkata dia tidak puashati dengan keputusan mahkamah itu, memandangkan pada awalnya, 11 anggota polis dikatakan terlibat, tetapi hanya seorang sahaja yang didakwa, dan itupun telah bebas.

"Sudah dua tahun Kugan mati... ia hanya seorang suspek ketika ditangkap, tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah. Kemudian, tiba-tiba selepas lima hari dalam tahanan, dia meninggal (dunia). Bagaimana itu mungkin berlaku?

"Peguam negara kata 11 anggota terlibat, kemudian hanya seorang sahaja didakwa, dan itu pun tidak ada kes. Semua bebas tanpa kesalahan,? Bagaimana berlaku pendarahan dalaman?" soal Reguna. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular