Akhirnya Malaysiakini menyiarkan juga isu Bahagian F.L.O.M setelah serangan hebat para bloggers dan rakyat celik terhadap kewujudan sebuah bahagian yang bertanggungjawab terhadap segala aktiviti 'First Lady of Malaysia'.
Penyiaran berita F.L.O.M dalam Malaysiakini telah ditunggu-tunggu sejak hari pertama isu ini dibangkitkan dalam tajukPENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!.
Telah dibuktikan betapa Bahagian F.L.O.M akan menjadi fenomena yang wajib ditentang dan dibubarkan sehingga ia akhirnya berjaya dibubar dari laman web rasmi JPM semalam dan laporannya terdapat di sini dan di sini. Tetapi harus diingat, dibubar dari laman web rasmi JPM bukan bermakna bahagian itu benar-benar telah ditutup. Lantaran itu, edisi terjah wajar diteruskan.
Setelah melihat laman yang mempunyai akronim F.L.O.M itu ditutup, Malaysiakini menjalankan tanggungjawabnya menyiar berita ini sebagai tanda setuju betapa isu F.L.O.M adalah isu yang relevan untuk dibicarakan umum.
Lihat gambar di bawah dan dapat dilihat, inilah berita pertama mengenai Bahagian F.L.O.M yang dimuat naik oleh Malaysiakini;
Syabas kepada blogger, syabas kepada rakyat celik. Kepimpinan Pakatan Rakyat juga disaran agar jangan sesekali memandang rendah keupayaan para blogger yang menjalankan kewajipan mendedahkan kepincangan dan tipuhelah kerajaan.
Dan percayalah pendedahan yang dilakukan bukan hanya pada satu pihak sahaja yakni kerajaan, malah kebobrokan yang hadir dari Pakatan Rakyat juga akan turut didedah tanpa kompromi.
Sedar atau tidak, blogger juga acap kali jauh mendahului portal berita sehebat Malaysiakini dan portal online yang lain.
Kesempatan ini juga ingin saya laporkan satu berita dari blog brader ISA yang memetik - Najib menipu dalam isu F.L.O.M. Menipu dalam Dewan Rakyat Malaysia bersamaan dengan menipu rakyat marhein. Sila baca lagi di sini
Di bawah ini adalah satu satunya berita yang saya maksudkan dari Malaysiakini berkenaan isu Bahagian F.L.O.M. Tahniah juga kepada Malaysiakini yang menjadi pemacu utama berita online seantero malaya;
EDYES @ edyesdotcom
BerTenang...
**************************
Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.
Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.
Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan
Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".
Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.
Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.
Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.
Menipu rakyat
Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.
Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.
Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.
Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.
"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.
Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.