Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 28, 2011

Soalan: Peruntukkan Untuk Isteri Perdana Menteri dari tahun 2000 hingga 2010.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LlSAN
TARIKH 25 NOVEMBER 2010
DARIPADA YB TUAN LlEW CHIN TONG-BUKIT BENDERA


SOALAN
Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negeri dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk Isteri Perdana Menteri dari tahun 2000 hingga 2010.


JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tldak ada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus untuk isteri YAB Perdana Menteri.
Pegawai-pegawai daripada Pejabat YAB Perdana Menteri dari semasa ke sernasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negeri tahunan secara khusus kepada Isteri Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan Elaun-Elaun dan Keistimewaan-Keistimewaan bagi Perdana Menteri menyatakan bahawa isteri kepada Perdana Menteri yang mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan rasrni atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar nageri atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan tambang, elaun makan, penginapan, elaun sara hidup dan elaun pakaian panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular