Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 23, 2011

Khir Toyo akui sokongan Cina amat kuat memihak kepada Pakatan Rakyat



Lain-lain pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia, tegas Khir Toyo, memperlihatkan arah sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan. Ramai penganalisis politik melihat situasi sokongan kaum Cina di Bagan Pinang adalah atas faktor hubungan baik dan rekod perkhidmatan cemerlang Tan Sri Isa Samad di sana. Beberapa rakan penganalisis politik melihat tidak akan banyak perubahan dalam pola pengundian kaum Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Ini kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat MCA.

"Saya percaya kaum Cina di DUN Tenang akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional terutama sekali sebagai menjaga maruah dan kedudukan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Chua Soi Lek boleh dianggap antara Menteri yang cemerlang sewaktu menjaga Kementerian Kesihatan dan juga semasa menjadi ahli Parlimen Labis. Justeru itu, sokongan kaum Cina terhadap beliau akan diterjemahkan kepada memberi undi kepada BN dalam pilihan raya kecil ini," usik beliau untuk mengembirakan jentara Umno-BN di Tenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular