Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Tempat Khas Untuk Buang Bayi Telah Disediakan



IPOH: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, dalam usaha membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Nasirruddin Harun berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.

“Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. 

Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, Isnin.

Beliau berkata pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.
 
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.

Ahmad Nasirruddin berkata KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.

Sementara itu, Hamidah berkata kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.
 
Bagaimanapun katanya kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembungan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

“Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya.

Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu,” katanya. 
 
- BERNAMA from Pencacai SeMalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular