Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Lelaki tua potong telinga kerana Indonesia kalah Piala AFF 2010?




Portal KOMPAS bola mendedahkan kedatangan seorang lelaki tua yang membawa air ajaib yang kononnya boleh memberikan kemenangan kepada Timnas Indonesia menentang Pasukan Kebangsaan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Lelaki tua itu mendakwa air ajaib itu mampu membantu pasukan Indonesia memenangi perlawanan menentang pasukan Malaysia sekiranya disapu pada kaki pemain-pemain Indonesia.

Lelaki tua yang mengakui tidak mahu Indonesia kalah menentang Malaysia itu meminta kepada pihak berkuasa untuk berjumpa dengan pemain-pemain bola Timnas Indonesia untuk menyerahkan "air ajaib itu". 


Malah lelaki tua itu juga sanggup bertaruh untuk memotong telinganya jika air ajaib itu tidak mampu memberikan manfaat di dalam membantu kemenangan kepada team bola sepak Indonesia. Apa pun, Indonesia tetap kalah. Tidak dapat dipastikan sama ada Timnas Indonesia sudah menyapu "air ajaib" si tua itu ataupun tidak.

ReJaM© "Sekiranya Timnas Indon telah menyapu air ajaib itu, maka lelaki tua itu mungkin terpaksa memotong telinganya kerana Indonesia sudah kalah... "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular