Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 1, 2011

TERHANGIT: Akibat pendedahan menteri rogol amah, blogger Umno hentam blogger Umno!




Oleh: Pria Malaya

Tidak tahan dengan isu panas yang mengaitkan menteri Ketuanan Melayu Umno merogol dan memperkosa amah warga Indonesia, beberapa blogger Umno dan team 'Nadi Rakyat' memberontak dan berang..

Papa Gomo, antara blogger tersohor Umno kali ini dilihat tidak dapat menahan sabar apabila blogger yang dilihat mesra dan pro-kerajaan (BN) sendiri telah bertindak memberi peluru kepada pembangkang dalam masa yg cukup 'tidak tepat'..isu yg dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah isu 'menteri BN rogol amah'!!



Mereka mula menabur kata-kata kecaman terhadap rakan mereka sendiri..tidak cukup dengan itu, diciptanya gambar/banner mengutuk blogger Rocky' bru dan menuduhnya blogger itu adalah 'blogger cari makan', dan tidak layak bersama pejuang bangsa!..

Antara kata-kata team Nadi Rakyat ini:
"AKU PEDULI APA KAU SIAPA!!!
TAPI KALAU NAK MENULIS SEKADAR NAK CARI KEPENTINGAN DIRI, BAIK KAU BERAMBUSSSSSS.... ORG MACAM KAU TAK LAYAK DUDUK BERSAMA PEJUANG!!
KEPADA KERAJAAN, CUKUPLAH DI TIPU OLEH MEREKA YG PERNAH HENTAM KERAJAAN!!!
TUIH!!! KAU ADA TAK UNTUNG, KAU TIADA TAK RUGI!!!"
Kalian boleh lihat sikap kebudak-budakan Papa Gomo n The Geng di SINI dan di SINI..

Untuk makluman, blogger Rocky's bru adalah blogger terawal yg membongkar isu menteri BN rogol amah ini..pendedahan ini adalah berdasarkan laporan Wikileaks, sebuah laman yang pernah 'diagung-agungkan' pemimpin2 BN serta medianya berminggu lamanya apabila sumber itu mendedahkan berita mengenai Anwar Ibrahim..kalian boleh rujuk di SINI dan di SINI..

Selain Rocy's Bru, terdapat beberapa lagi blogger pro-kerajaan yang lain turut sama mendedahkan isu ini...antaranya ialah "bigdogdotcom.wordpress.com", "novandri.blogspot.com", "theflyingkick.blogspot.com" dan ramai lagi...mungkin Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' tidak mengetahui bahawa blogger2 pro-kerajaan ini juga adalah blogger terawal yg mendedahkan sumber dan dokumen berkaitan, bukan Rocyk bru semata-mata..

Kenapa mereka begitu berang?

Sebagaimana yg kita ketahui, Papa Gomo adalah antara blogger yg terlibat dgn misi pembongkaran isu kononnya ADUN Selising telah berzina dengan isteri orang..selain Papa Gomo, gerakan 'haram' ini dibantu beberapa facebooker seperti 'Pas Beruk' dan 'Azmy Awang Kelana Jaya' yang menggelar diri mereka sebagai team "Nadi Rakyat"..mereka inilah yg terlibat dengan filem kononnya saksi zina ADUN selising cuba dilanggar dan dibunuh dengan pedang..

Kalian boleh rujuk filem panas arahan Papa Gomo yang TERKANTOI di bawah (18PL):
SIRI 1
SIRI 2

Ya, atas sebab inilah Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' bergitu berang dan marah dengan tindakan beberapa blogger pro-kerajaan kerana mendedahkan isu panas melibatkan menteri BN ketika asyik mereka menjaja isu ADUN Selising, menyebabkan isu yg mereka bawa tidak mencapai klimaks sepertimana yg diharapkan..

Isu menteri rogol amah menenggelamkan isu ADUN zina..

Apa tidaknya, mereka inilah yg bersungguh2 menjaja berita isu ADUN Selising di serata ceruk maya dengan harapan ianya bakal menjadi isu PANAS penghujung tahun 2010, dan berita GEMPAR bagi pembuka tirau tahun baru 2011..namun ternyata malang, isu yg mereka bawa tenggelam dek isu besar yang lebih menggemparkan negara, yg mana bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah hubungan dengan negara jiran..


(Bannar yang dihasilkan oleh facebooker pro-PR memperli tindakan Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' menghentam Rock's bru gara-gara isu yg mereka jaja tidak mendapat sambutan...)

Kini, Papa Gomo dan rakan-rakannya di Facebook telah dipandang sinis oleh pengguna facebook yang lain..sudahlah isu lakonan saksi ADUN Selising terkantoi di tengah jalan, ditambah pula isu lebih besar melibatkan moral pemimpin Umno oleh blogger mesra kerajaan menenggelamkan isu yg mereka cipta...sungguh memalukan..

Untuk yg terakhirnya, penulis menyeru blogger ini khususnya blogger Rocky's bru supaya tidak takut dengan kecaman atau mungkin ugutan dari geng2 Nadi Rakyat ini..apa2 usaha utk menutup kes ini melalui tangan2 ghaib akan menyebabkan maruah kalian tercemar..penulis yakin, anda tidak sanggup berkompromi atau bersubahat dgn membiarkan isu ini terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan mahkamah atau membersihkan diri...fikir2kan..wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular