Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 31, 2010

Tak perlu perbesarkan masalah pakaian Nie Ching di perkarangan masjid.


Sekali lagi Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menjadi isu hangat yang begitu heboh di media perdana. Pakaian senamrobik Nie Ching menjadi teguran kerana ia berlaku katanya di perkarangan masjid. Berahi sungguh puak-puak UMNO/BN meng-isu-kan Nie Ching. Nakhaie Ahmad bising, Pak Lah pun turut sama bising di samping begitu ramai puak-puak gerombolang memberi ulasan, komentar yang 'warak-warak' belaka dan di suarakan riuh rendah di muka dan corong media.
Aku bukan mahu menyokong pakaian Nie Ching sewaktu bersenamrobik di pekarangan masjid itu, tapi aku tidak pelik Nie Ching berpakaian ketat begitu kerana Nie Ching bukan Islam. Mungkin dia tidak tahu bagaimana pakaian yang dikatakan menutup aurat menurut Islam. Mungkin NIe Ching menyangkakan menutup aurat hanyalah tidak menampakkan kulit anggota badan yang tertentu, pakai ketat tidak!

Tidak marah aku kalau Nie Ching berfahaman begitu kerana itulah kefahaman yang diperolehi oleh Nie Ching dari kebanyakan fenomena pakaian gadis-gadis yang dikatakan Islam di Malaysia ini. Kalau tak percaya, duduklah sekerat hari di pusat-pusat membelih-belah, maka akan terlihat pakaian ketat-ketat malah kalau 'bernasib baik' banyaklah kelihatan tersembul pusat-pusat dalam kalangan pakaian gadis-gadis Melayu Islam !

Tidak terkejut juga aku kerana mungkin inilah padanya Nie Ching belajar mengenai pakaian Islam dari Festival Fesyen Islam dari idea 'canggih lagi islamik' dan dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia ! Mungkin !

Mungkin ada orang berkata, "ah...apalah gadis-gadis Melayu dan Festival Fesyen Islam itu bukan berpakaian begitu di di perkarangan Masjid! Jangan alih isu!"

Woi...ini bukan alih isu!

Inilah masalahnya dengan pemahaman Islam para pemimpin UMNO. Bagi mereka Islam hanya di tempat-tempat tertentu sahaja, Islam bukan satu cara hidup. Dalam pemahaman Islam para pemimpin UMNO, Islam hanya di masjid, Islam hanya di waktu majlis tahlil dan baca yasin. Islam hanya di malam nisfu. Islam hanya di waktu berarak maulid. Islam hanya di bulan puasa. Islam hanya waktu hari asyura. Dan Islam hanya di waktu hendak mati dan dah waktu mati!

Hanya itukah Islam?

Pada aku, kalau di masjid tidak boleh berpakaian tidak syarie, begitu juga di tempat lain, malah lebih penting lagi di kyalayak ramai yang kita tidak tahu berbagai jenis orang, baik atau orang jahat seperti di pusat-pusat membeli-belah, panggung wayang, kaki lima bandar, perhentian bas dan lain-lain. Sepatutnya jika para pemimpin UMNO begitu sensitif dengan pakaian menutup aurat (tidak terdedah dan tidak ketat), arahkan dulu isteri-isteri Menteri Melayu terutama isteri Perdana menteri dan isteri Rais Yatim serta para pemimpin UMNO yang lain menutup aurat terutama bertudung dan jangan berpakaian sendat. Hapuskan pakaian sendat dan tudung bahu di kalangan kamu juga! Para ustaz UMNO bisingkan hal ini dahulu.

Kembali kepada isu Nie Ching. Nie Ching bukan orang Islam. Maka sudah pasti banyak ilmu Islam yang Nie Ching tidak tahu. Sepatutnya isu pakaian Nie Ching ini perlu dijadikan satu kesempatan untuk kerja-kerja dakwah yang berhikmah kepada Nie Ching bukan menghebuhkannya dengan menjadikan isu besar (isu politik murahan!) seolah-olah buruk benar Islam terhadap bukan Islam terutama Nie Ching yang pastinya banyak tidak tahu tentang Islam.

Bagi aku sikap Nie Ching yang mahu mendekati masjid adalah satu rahmat. Kenapa sekali lagi mesti dijauhkan Nie Ching dari rumah Allah? Bagaimana nanti kalau Nie Ching dan orang-orang bukan Islam bersikap tidak mahu lagi mendekati masjid kerana menganggap Islam tidak sukakan dia dan mereka ke masjid? Alangkah ruginya Islam kerana Nie Ching semakin jauh dari mengenali Islam sebagai agama Allah.

Apa yang sepatutnya berlaku dalam isu Nie Ching ini ialah mendekati Nie Ching dengan memberitahu ilmu pakaian Islam kepadanya dengan baik. Uslub dakwah dengan berhikmah adalah jalan terbaik buat orang seperti Nie Ching yang begitu berminat mendekati masjid. Bukan menghukum nazir masjid malah sebaliknya mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendekatkan Nie Ching dengan rumah Allah. Jauh sekali dari menjadikan isu Nie Ching ini sebagai isu politik murahan.

MAIS, Pak Lah dan para pemimpin UMNO sepatutnya tidak perlu bimbang dengan isu pakaian Nie Ching di perkarangan masjid hanya bagitahu Nie Ching secara baik, sebaliknya bimbanglah dengan pakaian isteri-isteri para pemimpin UMNO, ilmu sesat dari penganjuran festival fesyen Islam, anak-anak gadis Islam yang berpakaian begitu berleluasa menjolok mata di desa dan kota sehingga meningkatkan kes zina dan rogol serta bimbanglah akan ketidak-adilan , pengkhianatan dan kejahatan yang berlaku dalam isu perlantikan SUK Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular