Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Di sebalik tanggapan bahawa ‘bertegang leher’ dengan Pakatan Rakyat, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin, bersedia untuk membantu perikatan itu ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan depan.
Editor Malaysia Today yang lantang ini, yang kelihatan berselisih dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, mula mengetepikan perbezaan ideologi mereka untuk memfokus pada perjuangan bersama - menghalang Barisan Nasional (BN) daripada merekodkan satu lagi kemenangan pada 30 Januari ini.
BN menang dua pilihan raya kecil serentak awal bulan lepas.
“Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang.
“MCLM juga akan berkempen pada pilihan raya kecil,” kata Raja Petra yang mengetuai gerakan yang berpejabat di London itu menerusi ruangan beliau “No Holds Barred” hari ini.
Raja Petra yang turut dikenali sebagai “RPK” menambah, kempen gerakan itu akan diterajui blogger Bernard Khoo.
MCLM didaftar di London dua bulan lalu dianggap sebagai ‘Third Force’, yang turut menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS di Tenang. Bagaimanapun Raja Petra membisu sama ada dua calonnya yang dinamakan setakat ini untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 iaitu Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai akan turun berkempen di Tenang.
Malik memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak disertakan dalam barisan kempen dan tiada sebarang rancangan untuk muncul di Tenang bagi membantu calon Pakatan Rakyat.
“Saya tidak dalam MCLM. Saya fikir MCLM boleh menguruskannya,” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia ini. Pun begitu beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kempen itu kelak.
“Ada kemungkinan (untuk sertai bersama),” kata Malik. Khoo yang menguruskan laman Zorro Unmasked menolak tanggapan bahawa ketegangan antara kumpulannya dan perikatan tiga parti itu akan muncul ketika kempen lapan hari nanti.
“Sekian lama, kami sentiasa cenderung kepada Pakatan. Kami sentiasa mengatakan bahawa kami akan menyokong mereka dan kami akan lakukan apa yang kami katakan sejak dari dahulu lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Katanya, apa yang penting ialah memperkukuhkan usaha ke arah pilihan raya umum ke-13.
“Apabila tiba masa kelak, kami akan bercakap mengenainya,” kata Khoo apabila ditanya sama ada MCLM mampu untuk meyakinkan pengundi-pengundi Tenang bahawa calon Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk mewakili mereka berbanding calon bakal diturunkan BN.
Sehubungan itu kata beliau, adalah “sangat penting untuk menunjukkan bilangan (penyokong) pada hari penamaan calon” jika Pakatan Rakyat mahu bertapak di Tenang.
Khoo berkata, pasukan kempennya akan terdiri daripada 10 orang buat masa ini dan akan memfokus usaha memikat pengundi masyarakat Cina menerusi pendekatan lawatan rumah ke rumah.
“Ia seperti (kempen) ketika (pilihan raya kecil) Kuala Terengganu (awal tahun lalu),” kata Khoo sambil menambah, kebanyakan ahli MCLM, yang kebanyakannya anggota komuniti berita alternatif online akan membawa berita-berita tempatan sebaik sahaja calon yang bakal bertanding diumumkan.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang merupakan yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Penamaan calon pilihan raya kecil Tenang akan diadakan 22 Januari ini dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 30 Januari.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.
Terdapat 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pemilih biasa, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171) dan 11 lagi dalam kategori lain-lain.
Saturday, January 1, 2011
‘Third Force’ bantu kempen Pakatan di Tenang, kata Raja Petra
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
from Laksamana Bukit Bintang by lanbb88 Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian. Apapu...
-
oleh dr. sepet Mungkin ramai di kalangan ahli PAS akan tersenyum gembira setelah menatap berita ini "Laman Harakahdaily antara paling...
-
-
from MALAYSIA UPDATE KUALA LUMPUR: Perkasa chief Ibrahim Ali has taken Barisan Nasional Youth chief strategist Foo Seck Chyn to task ove...
-
PapaZina dalam entry blog beliau semalam memuatkan kononnya temubual dengan beberapa orang penduduk Tenang tentang sikap ego cikgu Mala.Tur...
-
by DRS. KHALIL IDHAM LIM 27 Muharram 1432 Saya sangat menyokong sebarang pandangan yang boleh memberi motivasi dan semangat yang jitu ke...
-
Oleh: WFAUZDIN NS BIJAKNYA SPR apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil Dun Kerdau, Pahang diadakan serentak dengan Pilihanraya Kecil ...
-
Apakah kita akan terus membiarkan umNO/BN membelakangi ajaran Islam..? Lagi
-
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??