Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 31, 2010

Ahli Majlis marah wakil rakyat Umno tidak bela YDP


http://buletinonline.net/images/stories/berita37/ybwhassan.jpgDUNGUN - Ahli Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Abdul Razak Ismail membidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dungun kerana mengambil sikap berdiam diri apabila wakil rakyat pembangkang menghentam Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin ketika mengetengahkan isu kepincangan MPD dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Abdul Razak berkata, ketika Zainal Abidin dituduh oleh wakil rakyat pembangkang dalam sidang DUN kerana mendakwa YDP itu melaksanakan beberapa dasar yang dikatakan banyak mendatangkan kesulitan kepada masyarakat Dungun, wakil rakyat BN khususnya dari Dungun dikatakan mengambil sikap berdiam diri seolah-olah menyetujui dakwaan yang dilontarkan pihak pembangkang. (Gambar kanan; ADUN Sura Ustaz Wan Hassan mendakwa YDP Dungun tidak melaksanakan tugas dengan baik dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini)

“Sebagai pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bandar ini lebih baik, pastinya ia mendapat tentangan pihak yang tidak bersetuju dengan hasrat murni itu.

“Justeru, sebagai wakil rakyat BN yang mewakili kerajaan, individu ini sepatutnya mempertahankan tindakan beliau (YDP) kerana berusaha keras melaksanakan dasar kerajaan dan bukannya mengambil sikap berdiam diri seolah-olah mereka bersetuju dengan dakwaan pembangkang," katanya.

Katanya, keadaan itu amat mengecewakannya kerana beliau (YDP) juga bekerja untuk kerajaan, sama seperti wakil rakyat BN lain.

“Sepatutnya kecaman dibuat pembangkang dibela oleh wakil rakyat ini," demikian kata Abdul Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Chatak yang meluahkan kekecewaan itu dalam ucapannya pada majlis perpisahan sempena pertukaran YDP ke jawatan barunya sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri di Rumbia Resort, dekat sini, malam semalam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/zainalabidinhusin.gifMenurutnya, beliau kecewa kerana berpunca isu itulah, maka imej MPD sedikit tercalar, apatah lagi seselepas pertukaran Zainal Abidin ia dibangkitkan di sidang DUN.

“Wahai rakan seperjuangan dalam BN, di manakah anda untuk membela kita? MPD bekerja, meningkatkan imej perbandaran, mewujudkan suasana yang bersih, bermula dari sempadan Rantau Abang hingga ke Paka.

“Semua ini untuk membantu mereka juga, menggambarkan usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat, tapi di manakah mereka semua untuk membela kita pada saat kita tersepit?," kata bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen itu.

Zainal Abidin (gambar kiri) antara salah seorang pegawai tadbir yang terbabit dalam arahan pertukaran yang dibuat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, beberapa hari lalu.

Namun, pertukaran portfolio yang juga satu perkara biasa bagi seorang pegawai tadbir itu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia dikaitkan dengan politik.

Dungun diwakili tiga wakil rakyat DUN daripada BN iaitu Datuk Zaa’bar Mohd Adib (Rantau Abang), Zakaria Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) manakala kawasan DUN Sura pula diwakili Wan Hassan Mohd Ramli dari Pas.- Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular