Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 31, 2010

Yuran persekolahan , sampai bila akan berakhir ?


26 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Setiap cuti persekolahan akan berakhir isu yuran persekolahan mula hangat diperkatakan.

Namun yang menjadi persolannya sekarang, adakah masalah yang sekian lama diperkatakan ini sudahpun ditangani dengan serius oleh kerajaan.

Kerana realiti yang saya perhatikan setakat ini, setiap kali masalah ini diperkatakan maka timbulah kenyataan yang tidak lebih "manis dimulut", namun jauh dari langkah penyelesaian yang serius oleh pemimpin BN.
Terbaru kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, baru-baru ini supaya pengurusan sekolah tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi apabila sesi persekolahan tahun depan bermula dilihat oleh setengah pihak melegakan ramai ibu bapa buat sementara waktu, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Namun saya masih beranggapan hanya dalam kerangka janji dan arahan yang masih tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. Bila mereka ke sekolah mereka masih dibebankan dengan berbagai yuran dan bayaran tambahan.

Walaupun saya mengakui terdapat arahan supaya sebarang bayaran tambahan yang ingin dikenakan perlu berdasarkan surat pekeliling yang antaranya menyebut pihak sekolah perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (Pendaftar Sekolah).

Namun saya melihat semuanya merupakan langkah untuk menmbolehkan pihak PIBG menjadi alat kepada sekolah untuk mengutip sejumlah wang tertentu untuk kegiatan PIBG.

Kerana ini sepatutnya diragui adakah semua wang yang ditentukan oleh PIBG tersebut akan kembali kepada Pelajar atau mungkin boleh disalah gunakan untuk tujuan lain disekolah yang tidak memberi kemudahan langsung kepada pelajar.

Untuk ingatan bayaran yang dikenakan kepada seorang murid disekolah rendah ialah sebanyak RM 24.50 dan Menengah RM 33.50. Jumlah ini tidak termasuk bayaran tambahan yang ditentukan oleh PIBG.

Itupun dalam jumlah 6 perkara yang ditetapkan diatas, 5 perkara yang kurang wajar masih dikutip dari pelajar. Iaitu Kokurikulum, kertas ujian dalaman , MSSM dan Kegiatan pendidikan Islam.

Perkara tersebut sepatutnya boleh ditanggung oleh kerajaan yang mahu melakukan kebajikan kepada rakyat dan melaungkan slogan rakyat didahulukan.

Persoalan juga timbul dari kutipan tersebut adakah semuanya dikembalikan kepada pelajar , apalagi secara adil.

Kenyataan saya ini bukan bermakna saya menafi apa yang dilakukan oleh Kerajaaan dalam hal menyediakan kemudahan prasarana induk yang tinggi nilainya.

Kerana itulah jika kerajaan mampu mengeluarkan jumlah bajet yang besar termasuk dalam membayar gaji kepada kakitangan dan guru, kenapakah masih ada yang masih dibebankan kepada rakyat khususnya yang miskin.

Keyakinan saya ialah apabila Pakatan Rakyat mentadbir negara, dengan perbelanjaan berhemah dan pembenterasan rasuah dan salah guna kuasa, nescaya rakyat malaysia akan menikmati pendidikan secara percuma.

Apalagi seperti yang diperkata jika Petronas mengeluarkan zakat 2.5 pratus, nescaya rakyat malaysia akan mendapat kemudahan pendidikan dari Pra Sekolah hingga PHD dengan percuma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular