Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Putra Jaya PANAS - Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak


 Gambar Sekadar Hiasan




Cik Gu Razali

Mungkin [ CikGu RAZALI - SDB ] boleh jawab [ ISU INI ]

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan “Tiger Show”, dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.
“Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam,” tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.
“Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot,” katanya.
Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.
Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.
“Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.
“Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular