Sejak Umno berjaya menghapuskan kekebalan Sultan pada1993, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB. Oleh itu, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang dan SUK.
Tapi... dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.
Eloklah pakat-pakat semua ADUN dan Exco Pakatan Rakyat di Selangor 'bincang-bincang' tengok sama ada boleh atau tidak pentadbiran kerajaan negeri berjalan tanpa si Kusrin. ADUN dan Exco berdiri teguh di belakang MB. Tak perlu adakan majlis angkat sumpah kerana kehadiran si Kusrin sebagai SUK tidak diundang oleh ADUN Pakatan yang mewakili sebahagian besar Rakyat negeri Selangor.
Lagi pun, PRU mungkin dah hampir. Mari kita baca pula pandangan sahabat kita, Cenangau Daunkari...
Aku menjangkakan akhirnya MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mengaku kalah dan terpaksa menerima Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru.
Sebenarnya takdak apa sangat yang boleh MB dan kerajaan Selangor buat untuk menentang cadangan ni. Pilihan yang ada pun cuma dengan memujuk Sultan untuk mengubah keputusan. Kalau Sultan sanggup mengubah keputusannya yang dah bagi pengesahan perlantikan Khusrin, maka ada ruang untuk ganti orang lain.
Tapi masalahnya, kalau tengok situasi dan kenyataan dari pihak istana sebelum-sebelum ni, nampak jelas yang Sultan Selangor kurang menyebelahi Pakatan Rakyat terutama sekali PKR dan DAP.
Isu kesucian masjid yang melibatkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching masuk dan bagi 'tazkirah' dalam masjid dan juga isu ketuanan melayu rentetan ucapan Dr. Wan Azizah, Presiden PKR menampakkan institusi istana semacam jadi penyambung suara Umno.
Dalam isu perlantikan SUK ni pun, aku yakin pihak istana takkan sanggup mengambil pendekatan seolah-olah menyebelahi Pakatan Rakyat secara terbuka.
Takkan pihak istana sanggup dikata sebagai tidak teliti sebelum mengambil keputusan bagi tauliah melantik Khusrin, kecualilah memang kuasa memilih SUK tu jelas tertulis adalah kuasa MB atau kerajaan Selangor dan sultan kena patuh kepada peraturan tu.
Aku tak berapa nak salahkan sultan Selangor dalam isu ni, dia cuma jadi sultan macam sultan-sultan lain dan sultan-sultan terdahulu. Yang lebih patut disalahkan adalah penasihat-penasihat yang berada di sekeliling sultan. Sapa pun tak dapat nafikan yang memang selama ni semua sultan yang ada dikelilingi oleh penasihat jenis macam penasihat kepada Sadiq Sigaraga, jenis penasihat 25% yang tentunya bermazhab Umno yang antara rukun utamanya adalah rasuah..
Akhirnya, mau atau takmau, suka atau tak suka, Khalid Ibrahim terpaksa terima Khusrin masuk dalam mesyuarat Exco. Kecuali la Kalau Khalid Ibrahim berani dan sanggup mengembleng rakyat untuk menderhaka kepada sultan.
Harakahdaily melaporkan:

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.
Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.
Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.
Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.
Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi. - Hrkh