Johorkini diberitahu bahawa pada 31 Disember 2010, adalah merupakan cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan bola Malaysia. Hari Jumaat pejabat-pejabat kerajaan cuti.
Apa yang menyedihkan adalah guru dipaksa bertugas pada hari kelepasan am tersebut tanpa dapat menuntut elaun dan cuti gantian lain. Johorkini tidak tahu setelah begitu sekali bebanan tugas yang dipikulkan ke bahu guru, masih ada lagi guru yang sanggup dijadikan ‘hamba’ bertugas tanpa perlu menuntut sebarang elaun.
Menteri Pelajaran yang juga anak kelahiran Johor dari Umno Barisan Nasional harus mampu menawan hati guru-guru bukan dengan menamahkan bebanan keatas mereka. Guru terbeban dengan pelbagai tugas termasuk perkeranian, menghantar murid ke klinik dan sebagainya. Kementerian Pelajaran harus perlu menyediakan kakitangan yang secukupnya agar guru tidak dibebankan dengan tugas yang tidak sepatutnya dilakukan oleh guru, diluar bidang tugas perguruan. [JK]