by pemudasarawak
Lagi beberapa jam tirai 2010 akan dilabuhkan. Dan ianya akan diganti dengan tirai yang baru, iaitu tahun 2011. Bila buka facebook, twitter, berita2, paper online, even blog sekalipun sana sini sibuk wish selamat tahun baru masihi walaupun diri mereka mengakui mereka muslim. Ketika tahun baru islam takde pula semeriah neh aku tgk. Pelik pula aku rasa. Rata2 siap bagi jawapan bebal kat aku cakap ini sambutan satu malaysia. Bagi aku, jika orang bukan islam nak sambut hak mereka, itu bukan persoalan, yang menjadi kerisauan ialah bilamana orang islam sendiri sibuk meraikan dengan bikin konsert yang tah hapa2 utk menwelcomekan tahun baru masihi ini. Daripada berdoa dan mengenang dosa2 tahun lepas, mereka amek alternatif dengan menyanyi dan berjoget mcm orang bangang depan tv.
Samada mereka jahil, bodoh atau bebal saya tak pasti. Yang pasti mereka tak peka dengan sensitiviti ‘islam’ sendiri. Tak payah nak bising cakap orang bukan islam hina Alquran kalau diri sendiri pun tak faham dan tidak mengamalkan isi kandungan Alquran. Heh
Tak percaya cakap saya? No hal. Boleh tengok bawah neh. Ini adalah petikan paper online. Baca betul2 apa yang saya gariskan tue. Nampak?
Jika PM kita pun sibuk nak sambut malam ambang tahun baru, apalah yang kita nak harapkan sangat pada rakyat yang jenis malas nak cari ilmu dan mengkaji ‘islam’ sendiri? Betul? Heh.Ulama muda umno mungkin tengah sibuk tidur. Sampaikan PM nak celebrate ambang tahun baru pun dorang leh wat bangang lagi. Itu baru PM. Itu belum masuk hotel2 lagi. Ini belum masuk pub2 lagi. Ini belum masuk kelab2 mewah lagi. Cara mana mereka sambut tahun baru kita sama kita tahu. Yang rata2 sambut ialah orang2 islam pula tue. Yang ada anak pun sibuk melepak kat dataran merdeka tue. Aim mereka aku tak pasti, sebab ada yang sesetengahnya saja nak layan bunga api, ada yang berniaga nak cari rezeki, ada yang tersesat akibat traffic jam dan ada yang terpaksa kerja. Ini kategori manusia yang kita cakap sengaja, rela ahti, suka2 gila meroyan nak sambut tahun baru tanpa memahami apa itu tahun baru, apa rasionalnya kita sambut tahun baru, apatah lagi relevant kah sambutan tahun baru ini kepada umat islam?
Dan ini ialah salah satu poster event untuk celebrate tahun baru. Tgk betul2.
Dah tgk? Sepertimana yang korang dan aku sedia maklum, untuk event mcm neh, bukan nya ada larangan terbuka untuk menyekat orang islam daripada menyemak kat pub2 or club2 macam neh. Tiada. Memang tiada. Orang islam mmg betul tak sepatutnya boleh masuk tetapi dari segi undang2 penguatkuasaan kita lemah. Langkah2 pencegahan itu tidak di perluaskan secara efektif. Kalau tidak, kenapa walaupun berkali2 tiap2 tahun baru meskipun ada rush demi rush, ambush demi ambush hasilnya masih di ambang ‘ negatif ‘? Masih banyak orang islam berpelesiran membuat zina sana sini. Masih banyak umat islam mabuk2 di malam tahun baru. Masih banyak umat islam layan dadah dan seks sana sini bebas sebebasnya.
Dan kebanyakkan premis2 yang menawarkan perkara seperti di atas mereka tak alert dengan sensitiviti umat islam. Bagi mereka keuntungan yang paling utama. Even kalau kena rush pun mana ada tokei2 premis neh mengelabah beb. Mereka steady meniaga macam biasa gak2 tiap2 hari. Tanpa rasa takut didakwa, kerana penguatkuasaan yang sangat lemah dan teruk. Ataupun mungkin ada yang kena beli? Pepandai lah lue fikir sendiri.
Apa yang aku pasti ialah, anak2 menteri pun ada yang terselit ketika meroyan nak sambut tahun baru neh. Kalau dah beria2 nak sangat nak celebrate tahun baru neh, kita ada kaedah yang lebih sopan dan ayu. Daripada terpekik terlolong kat pub2, hotel2 ataupun club2 malam even kat konsert2 anjuran kerajaan, ada baiknya kita habiskan masa melepak depan tv paling koman, manakala bagi yang rajin bolehlah menunaikan solat2 sunat/dengar ceramah kat tempat2 yg berdekatan.
Semua perkara di atas ini lah yang boleh kita simpulkan sebagai meraikan zina yang halal secara terbuka dan di buat besar-besaran pula tue. Ya betul. Tiap2 tahun juga begitu. Lepas habis konsert tajaan kerajaan, layan seks pula [bagi yang takde duit]. Bagi yang ada duit, bolehlah book kat memane pub dan enjoy clubbing. Bagi yang lebih mewah, siap anjur private party dalam hotel2 tertentu, dan lakukan zina all in 1 secara berkumpulan. Dan kebanyakkan dari mereka melayu/muslim meskipun bercampur dengan bangsa lain.
So what to do? Bila kerajaan sendiri galakkan perlakuan yang mendekati kepada perzinaan? Orang kata melentur buluh biarlah dari rebung tetapi neh terbalik, dah la suruh orang jangan berzina tetapi anjur perkara2 yang mendekati kepada zina, bila ada orang2 besar /anak2 menteri kena tangkap, mereka bebas tanpa diadili dengan undang2. Heh.
Apa pun bagi korang yang anti-zina boleh layan sini
Ameno : Aku tak wish tahun baru kepada sesiapa pun sebab macam aku katakan dari dulu, perkara yang sia2 kalau buat hasilnya sia2 juga. Heh.
Filed under:
Isu Semasa by Ameno World
Isu Semasa by Ameno World