Bukti UMNO Perlis bakal hancur: Belum apa-apa, Pengerusi dan Timb Pengerusi dah bergasak..
Oleh: Pria Malaya
Baru je lantik dua jawatan tertinggi Umno negeri, dah bergaduh..bukti Umno Perlis bakal berdepan dengan kekalahan PRU akan datang..(insyaAllah)...
Ini juga bukti kegagalan Najib dalam mengatur corak politik di Perlis..bak kata seorang penyokong a.k.a kenalan Shahidan Kassim di dalam facebooknya:
"Daripada pengerusi...dilucutkan...dilantik timbalan pengerusi....beginikah caranya untuk memenangi PRU13.....kalau beginilah caranya bersedialah rakyat perlis untuk berada dibawah pemerintahan pembangkang.." - Rozali IsmailYa, penulis yakin ramai lagi penyokong2 Shahidan Kassim yg tidak berpuas hati, dan mereka akan membuat undi protes pada PRU akan datang..
Penulis tidak mahu ambil kisah sangat pergaduhan mereka ini yg kononnya memperjuangkan 1Malaysia, sesama sendiri pun bergasak..dah namanya Umno, tak pelik bergaduh demi jawatan dan pangkat..bak kata orang, "Gila kuasa, gila dunia"..
Hina institusi beraja
Cuma apa yg penulis nk timbulkan disini ialah, sikap biadap Syahidan Kassim yg mempertikaikan perlatikan MB Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dan menyifatkan ia sebagai 'MB haram' apabila mendakwa MB Perlis menjadi MB dgn cara 'menyamun.'.
"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini,"Sungguh kurang ajar dan kemaruk kuasa!..tidakkah Shahidan Kassim menyedari bahawa perlantikan Md Isa bukanlah atas percaturan politik Umno-Najib, bukan atas kehendak dan permintaan Md Isa, TETAPI atas pertimbangan tuanku Raja Perlis sendiri?..
Ini bermakna, Syahidan Kassim telah bertindak menafikan malah menghina keputusan yg dibuat oleh raja Perlis sebagai suatu tidankan "menyamun" kuasa!..sungguh biadap sama sekali..(rujuk berita semasa perlantikan MB Perlis di SINI..)..
(Sekadar gambar hiasan: Syahidan Kassim dikatakan pernah mengugut mengunakan bomoh utk ke atas baginda raja Perlis jika tidak melantik beliau sebagai MB??..korang baca kat SINI...)
Umno juara hina sultan/raja!
Persoalan kini, apa tindakan Umno pusat? mana suara penyokong ketuanan Melayu Umno? mana PERKASAm? mana pencacai bawahan parti rasis ini mempertahankan institusi kesultanan/beraja Melayu?..mana?..melainkan kalian terbukti utk kali yg seterusnya sebagai bangsa ketuanan Melayu yg HIPOKRIT dan bermuka2!..
Penulis tuntut isu di Perlis ini disenaraikan dalam senarai kebiadapan dan keDERHAKan Umno terhapa institusi beraja/kesultanan Melayu..itu belum lagi dikira yg berlaku di Terengganu dahulu dan terkini di Kelantan..insyaAllah penulis akan kumpul dan senaraikan kebiadapan Umno dgn institusi beraja dlm satu entry khas..fikir2kan..wallahua'lam..
Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan
KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.
Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.
('Status' terbaru Facebook Shahidan Kassim Selasa lalu membayangkan kemelut beliau dgn MB Perlis kini semakin parah dan mungkin tidak mampu menemui jalan penamatnya..klik...)
Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.
"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.
"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," katanya ketika diminta mengulas rombakan kepemimpinan UMNO negeri yang mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan ada wakil rakyat di Perlis tampil melobi Perdana Menteri untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Bagaimanapun, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mat Rawi Kassim menafikannya, sekali gus menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata yang diwujudkan pihak tertentu berasaskan kepentingan peribadi.
Sementara itu, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis, mengalu-alukan keputusan berkenaan yang disifatkannya sebagai gandingan terbaik UMNO Perlis dalam usaha menjana kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.
"Gandingan itu pada saya amat elok sekali. Mungkin akan ada perbezaan pendapat antara kami, tetapi keputusan itu dianggap tepat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.
"Justeru, saya harap semua pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap dapat bekerjasama dengan mantap selepas ini demi mengukuhkan perpaduan sesama ahli, sekali gus memastikan kemenangan parti," katanya. -BH