Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

'Saya bukan punca kilang diarah tutup' - UMNGOK


'Saya bukan punca kilang diarah tutup'

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menafikan dakwaan beliau menjadi punca syarikat pengeluar sarung tangan, Hartalega Sdn. Bhd. (Hartalega) di Ijok, Selangor diarahkan supaya menutup operasinya.

Menurut Murugiah, Biro Pengaduan Awam (BPA) yang dikendalikannya bertindak terhadap masalah yang dikatakan berpunca dari kilang itu berdasarkan aduan lebih 1,000 penduduk Taman Suria yang terletak berhampiran kilang berkenaan.

"Perkara sebenar yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang meluluskan pembinaan kawasan perumahan berdekatan dengan kawasan industri.

"Sepatutnya jarak kawasan industri dengan perumahan perlu melebihi 160 kaki (14.8 meter). Bagaimanapun, penelitian mendapati jarak antara kilang dan kawasan perumahan ialah 60 kaki sahaja (5.57 meter)," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini, kilang berkenaan didakwa mengeluarkan gas ammonia dan sisa toksik yang dikatakan menjadi punca penduduk perumahan berdekatan terdedah kepada pencemaran alam sekitar.

Bagi mengatasi masalah itu, Murugiah berkata, beliau telah mencadangkan supaya kilang berkenaan mengubah arah serombong ke bahagian belakang bagi mengurangkan pencemaran sisa ammonia yang dikatakan dikeluarkan kilang itu.

"Saya tidak berniat menabur pasir ke dalam periuk nasi mana-mana pihak tapi bertindak berdasarkan kepentingan awam," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular