Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 31, 2010

Piala AFF Suzuki Cuba Dipolitikkan


Apa komen Jurulatih Kebangsaan di dalam hal ini? Baca berita ini:
Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." (Petikan dari Tranungkite)
Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya. Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya. Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium. Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut.

Syabas, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Tahniah Rajagopal dan semua pemain./wfauzdin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular