Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 31, 2010

Merdekakan Longkang Fikir Kita

POSTING saya dalam baring semalam ramai yang tidak faham. Anak-anak muda yang baru tergila politik selepas dibaham slogn 1 Malaysia terkial-kial mencari makna. Tulisan sembolik itu menyebabkan mereka tersesat dalam pemikiran sendiri. Itulah kena belajar menyelami erti mankna dan mantik politik dalam penulisan. Tulisan saya juga tidak boleh difaham secara leteral (harpiah).















Tetapi ada juga yang tersenyum dan telah maklum. Mereka yang rajin mencari dan terus mencari dan menjumpaiblog atau Fb"celaka" (pinjaman istilah Tok Guru Nik Aziz) sehingga merasai apa yang saya bayangkan dalam tulisan itu.

Ada pula yang dapat memahami tetapi meleset huraiannya. Dia menerima bahawa banyak syaitan dalam politik Umno tetapi meminta saya tidak sama menjadi syaitan. Jelas penjenguk muda ini tidak memahami konotasi dalam cacatan semalam.

Bagi saya sesuatu perkara itu tidak perlu, atau cantik (sesuai) dijelaskan secara nyata tetapi indah dan suspen kalau berkias. Biarlah kita belajar berfikir (kreatif) dalam mencari sesuatu. Ertinya kalau kita ingin mengatakan kepada seseorang biarlah dalam bahasa simbolik atau berkias untuk mengelakkan kita mengaibkan seseorang. Pastinya kalau dinyatakan secara terus terang ia boleh menimbulkan keaiban. Kita bukan Dr Mahathir Mohamed.

Apa yang saya hendak jelaskan dalam tulisan itu, ialah mengenai kerakusan manusia dalam menilai apa yang saya lontarkan. Kerana kejumudan dan kebencian, dan bermaharaja lelanya prejudis di dalam diri mereka, mereka ini tidak nampak kebaikan di hujung destinasi. Mereka ini juga jenis suka membuat lontaran dan adanian yang berpaut diekor syaitan.

Saya sangat benci kepada munafik. Si munafik cuba menggambarkan dia adalah pejuangan suci. Pejuang tulus dan bersih dari segala maksiat, segala jenayah. Pejuang kudus. Walhal dialah yang sedia menerima wang pemberian dari musuhnya. Terima lembu, tiga ekor setahun, dan ringgit berpuluh ribu. Menjual sokongan dan dokongan dengan ringgit hingga RM60,000 dalam pilihan raya umum. Dialah juga penyeludup video lucah ataupun tukang pengedar video lucah.

Munafiknya bukan saja setakat itu. Di kepala ada kain putih menujukkan dia seorang warak, tetapi kalau keluar saja dari kampung halaman dialah jaguhnya. Dengan rakyat berjanji itu dan ini tetapi tidak ditunaikan. Kononnya peserta ladang rakyat akan diberikan hak milik tetapi habuk pun tidak ada. Dialah jenis pemimpin mulut busuk. Gara-gara janji kosong yang ditaburkan itulah menyebabkan Galas kalah.

"Bapak itu sudah, Pak...!" Apa ertinya semuanya ini. (Saya akan dedahkan rombongan ke Bandung 15 tahun lepas).

Saya tidak menyalahkan merka (penjenguk) kalau mahu tafsir apa yang saya lontarkan. Tetapi janganlah tafsir mengikut naluri dan kebencian kita. Lihat kepada realiti. Membuat andaian yang boleh memburukkan keadaan dan menyakiti hati orang lain adalah dosa besar. Saya tidak tahu apakah dalam anutan dan pegangan beragama mereka membenarkan demikian.

Saya tenguk mereka ini bercakap berbueh dengan ayat-ayat Cinta Quran dan petikan-petikan hukama, tetapi dalam masa sama menabur fitnah macam menabur benih padi gundal di bendang gersang. Apakah erti ini semua.

Kepada yang sesat untuk memikir apa yang saya tulisan itu, sila baca Siasah terbaru yang keluar semalam. Hari ini mungkin sudah ada di pasaran. Dalam cacatan itu akan menjelaskan kekelabuan yang tersumbat dalam kepala mereka. Apakah di situ wujud apa yang diperkatakan itu. Spekuslasi itu meleset sama sekali.

Posting saya yang ditafsir dengan rasa cemburu, hasad itu adalah dijelaskan dalam catatan Arus Bawah dalam Siasah. Baca sebaik mungkin dan rasanya mereka yang sesat dalam pentafsiran akan faham kalaupun tidak mahu membuat ralat memaafkan diri sendiri. Dalam drama itu tidak ada pengarah gelap atau pengarah terang tetapi ia adalah live, tanpa inisiatif sesiapa yang boleh memburukkan keadaan. Janganlah melakukan fitnah kering.

Janganlah cuba memperpanjang pemikiran yang sesat dan jahat kepada umum. Kita semua ditugaskan untuk bertanggungjawab dan menjaga amanah Allah untuk melakukan kebaikan. Kita perlu sedar, apa yang kita fikir baik hari ini, mungkin jahat hari esok. Hidup ini penuh dengan putaran. Pendapat mengatakan hanya kita terbaik dan betul adalah salah.

Dalam politik pula penyelesaian bukan dengan satu cara saja. Berkeras sampai ke sepanjang zaman mungkin tiak sesuai, begitu juga kalau sikap baik sepanjang masa. Apa salahnya kalau startegi perjuangan ditukarganti. Bukankah itu kebijaksanaan dalam perjuangan. Dendam si miskin lebih dahsyat dari dendam si kaya!

Apa nak ditegaskan janganlah cuba memburukkan orang yang kita tidak suka dengan apa juga keadaan. Itu bukan seorang pemikir yang baik. Pemikir yang baik yang senantiasa berusaha dan berfikir membawa kebaikan. Sesungguhnya apa yang kita rasakan baik itu kadang-kadang satu kejahatan dan kemudaratan besar untuk ummah kita yang berlaku di bawah minda sedar kita kerana kita sudah jadi macam longkang tersumbat, al jumud. Merdekakan longkang fikir kita[6:10 am 31/12/10]

Sumber: msomelayu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular