Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Ketua AMK Letak Jawatan - Kenapa Bertindak Begini Wahai Sahabat?



Pada malam terakhir EXPOMUDA anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Samsul Iskandar telah turut hadir. Hadir bagi menunjukkan sokongan moral terhadap program yang dilaksanakan oleh AMK Negeri Pulau Pinang itu sebagai Ketua AMK Pusat.

Pada malam tersebut juga beberapa orang individu yang mempunyai kaitan dengan AMK Pulau Pinang telah menerima SMS.. kandungan SMS itu disalin semula dibawah..


PERLETAKAN RASMI JAWATAN SETIAUSAHA AMKPP
Salam perjuangan adalah dengan ini, saya Syed Mikael Rizal Aidid berkuatkuasa dari hari ini, Ahad 26 Disember 2010 akan meletakkan jawatan saya sebagai Setiausaha AMKPP dengan serta-merta.

Surat akan saya serahkan kepada Ketua AMKPP pd esok hari. Ini berikutan keputusan yg telah dibuatoleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Ini bukan perkara ‘halai-balai’. Tapi ini soal PRINSIP! Selagi keputusan siasatan oleh pihak JPP terhadap ‘kemenangan luar biasa’ Sam di Sabah belum selesai, secara realitinya, Shamsul Iskandar BELUM BOLEH DIIKTIRAF sebagai Ketua AMK Pusat yang sah! Akhir kata, saya ucapkan kepada semua penyokong2 tegar Sam,‘Selamat Maju Jaya’ & enjoy your EXPO!
Dan pada hari Selasa 28 Disember 2010, Berita Harian edisi cetak pula telah menyiarkan ‘Ketua AMK Tasek Gelugor letak jawatan’ di mukasurat empat.
Butterworth: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor, Syed Mikael Rizal Aidid meletak jawatan sebagai Setiausaha AMK Pulau Pinang bersama dua lagi ahli jawatankuasa negeri itu.

Tindakan itu kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akim memberi ceramah di Expo Anak Muda di Padang Awam Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, kelmarin.

Khabar angin mengenai perletakan jawatan Syed Mikael bermula menerusi penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut diterima oleh Berita Harian.

Syed Mikael ketika ditunjukkan SMS itu oleh Berita Harian mengesahkannya.

EXPOMUDA yang dimaksudkan oleh Syed Mikael itu sebenarnya bukanlah satu program yang mahu menjana keuntungan semata-mata, pada dasarnya ia diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan seluruh Ketua-Ketua AMK dari setiap Cabang di Pulau Pinang yang baru memenangi jawatan tersebut dalam Pemilihan 2010 yang lalu.

Mengumpulkan dengan tujuan mengeratkan atau merapatkan saf diantara AMK-AMK seluruh Pulau Pinang. Juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK itu dengan pimpinan parti.

Selain itu ianya juga untuk merapatkan hubungan antara mereka dengan Penjaja-penjaja yang melibatkan diri dalam program tersebut.

Program tersebut cuba menampilkan sesuatu yang berbeza, berbagai aktiviti telah disusun untuk menarik minat anak muda..

EXPOMUDA ini adalah anjuran bersama diantara AMK Negeri Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Namun begitu segala perbelanjaan bagi menjayakannya datang dari AMK Pulau Pinang.

Kesemua program telah diatur setelah perbincangan diadakan antara AJK-AJK yang terbabit..

Berbalik kepada SMS perletakan jawatan Syed Mikael diatas, beliau berkata berikutan keputusan yg telah dibuat oleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Manakala Berita Harian pula melaporkan beliau meletakkan jawatan kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi ceramah di Expo Anak Muda.

Biarpun terdapat percangahan diantara SMS yang dihantar oleh Syed MIkael itu dengan apa yang dilaporkan oleh Berita Harian, persepsi yang timbul dari sini ialah satu persepsi yang negative terhadap Angkatan Muda Keadilan.

Ianya memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa memang wujud atau berlaku perpecahan dalam AMK , perpecahan yang berlaku kerana Pemilihan yang lalu yang telah menjadikan AMK terbahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong Sam manakala satu lagi menyokong Chegu Bard. Perpecahan yang perlu disimpan sesama ahli dan bukannya didedahkan kepada umum..

Selain itu ianya juga adalah bercanggah sama sekali dengan tujuan EKSPOMUDA itu diadakan , iaitu untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Pulau Pinang itu dengan Pimpinan Parti.

Mengenai perletakkan jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang pula, sebagai Bekas atau Mantan Setiausaha Syed Mikael seharusnya tahu bahawa apa sahaja jawatan yang melibatkan perlantikan adalah terbatal atau terhenti setelah Pemilihan bermula, dan samada lantikan itu disambung atau tidak ianya adalah terletak diatas budi bicara Ketua AMK Negeri yang baru.

Jadi dalam perkara ini Syed Mikael hanya memangku jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang sehingga dilantik semula oleh sesiapa sahaja yang diperkenankan oleh AMK Pusat sebagai Ketua AMK Pulau Pinang, oleh itu tiada sebarang Jawatan yang diletakkan oleh Syed Mikael sebenarnya.

Agak aneh bila Syed Mikael berkata beliau meletakkan jawatan kerana protes akan kehadiran Sam, sedangkan kehadiran Sam itu telah dibincangkan sesama AJK.. yang beliau sendiri adalah sebahagian dari AJK.

Pada mesyuarat yang pertama nama Sam telah dicadangkan untuk menutup secara rasmi program tersebut, namun Sam memberikan jawapan agak lewat bagi membolehkan AJK-AJK menyusun semula program, jadi nama Sam telah tidak tersenarai dalam sebarang aktiviti program.

Jika benar kerana protes akan kehadiran Shamsul Iskandar, Syed Mikael meletakkan jawatan sewajarnya ia dilakukan sebelum EKSPO bermula, iaitu selepas perbincangan bagi menyusun agenda selesai bukan pada malam terakhir Shamsul Iskandar akan hadir.

Sepatutnya sebagai seorang ahli PKR, dalam mempertahankan Prinsip sendiri tidak salah rasanya kita menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Shamsul Iskandar yang pernah memimpin AMK jka kita tidak boleh atau mahu mengiktiraf beliau sebagai Ketua AMK Pusat.

Tunjukkanlah rasa hormat itu biarpun sedikit sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong tegar Sam dalam menyambut dan meraikan kehadiran Chegu Bard bersama SAMM dari Negeri Sembilan itu.

Prinsip memang perlu dipertahankan, namun dalam mempertahankan Prinsip itu, kita sewajarnya melihat dalam kerangka politik yang lebih besar , kita juga sewajarnya menoleh kebelakang mengingat kembali apakah tujuan kita bersama PKR.

Melihat juga kepentingan pihak manakah yang kita perjuangkan selama ini, kepentingan diri sendiri atau kepentingan rakyat yang mengharapkan perubahan.

Aku juga menyokong Chegu Bard dalam pemilihan yang lalu, aku juga terkilan melihat dan membaca cerita-cerita tentang penipuan yang berlaku. Kecewa juga kerana menunggu hasil siasatan JPP yang masih tak kunjung tiba.. Kecewa juga bila melihat penafian membabi buta oleh SUA PKR..

Namum begitu bagi aku.. siapalah aku jika dibandingkan dengan hampir separuh dari rakyat Malaysia yang mengharapkan akan perubahan terlaksana dalam Negara ini…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular