Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 29, 2010

Lawak 'Tok Siak': Jangan bentang sejadah


JOHOR BAHARU, 29 Dis - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Jan depan.
Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DunTenang,” katanya pada sidang media di sini.

SPR telah menetapkan 22 Jan depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Jan. Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.
Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada PRU 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran.
Othman berkata, SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk PRK namun belum ada yang membelinya.
“Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya,” kata beliau.
SPR katanya mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada PRK ini berbanding 73.5 peratus pada PRU lepas.
-Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular