Kritikan ke atas pemilihan parti sebelum telahpun diperjelas dan diterangkan oleh KEADILAN melalui pelbagai majlis dan saluran. Memadai dikatakan bahawa Pemilihan Terus ini unik dan memperkasakan amalan demokratik tulen yang nyata menguntungkan ahli dan rakyat. Parti ini diasaskan berdasarkan kepelbagaian kaum dan Pemilihan dan pelantikan pimpinan baru jelas memperlihatkan prinsip tersebut. Dalam apa juakeadaan, pertimbangan utama haruslah berasaskan keupayaan mereka yang dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.
Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan yang kabur serta tidak berasas kepada beberapa individu di dalam parti. Di saat KEADILAN mengalu-alukan sebarang diskusi yang konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertoleransi ke atas serangan tidak berasas kepada kepimpinan parti.
*Kenyataan media oleh N.Surendran (gambar kanan) selaku Naib Presiden PKR.