Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 27, 2010

Noh Omar melepas, Nong Chik boleh nganga


Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengumumkan pelantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri.
Pelantikan itu melibatkan negeri Kedah yang kini diketuai Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan juga negeri Terengganu yang kini dipengerusikan menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said.

Badan perhubungan Umno Pulau Pinang turut menerima pengerusi perhubungan Umno yang baru iaitu Datuk Zainal Abidin Osman.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, kata Tengku Adnan dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan turut mengumumkan empat timbalan pengerusi baru bagi tiga negeri berkenaan dan juga negeri Perlis.

Ia melibatkan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk MukhrizMahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Tengku Adnan turut mengumkan bahawa presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing akan kekal mempengerusikan badan perhubungan Umno negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Jelasnya, langkah itu adalah bagi mengembalikan sokongan pengundi di negeri-negeri berkenaan.

Pertukaran di dua lagi negeri yang dikuasai Pakatan bagaimanapun dibuat bagi membolehkan pengerusi perhubungan terdahulu menumpukan tugas di peringkat biro pusat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular