Bukan saya cakap. Jangan nak marah saya melulu. Tengok berita kat bawah neh. Baca betul-betul. Faham betul-betul. Sebab tue umno suka cakap kelantan miskin. Sebab kelantan negeri no dua yang menerima bantuan kebajikan masyarakat. Ada faham?
Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga - kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohamed Noor Chik
Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga - kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohamed Noor Chik
Dah tengok? Dah faham? Biar saya terangkan serba sedikit bagi mereka yang otak yang cekap. Maaf, bukan niat memperkecilkan minda anda. Cuma saya lebih banyak makan kismis minda sebab tue saya lebih cekap. Itu aje.
1.Kelantan ialah penerima kedua terbanyak bantuan dari JKM. Ini membuktikan pegawai-pegawai yang berkerja di kelantan kurang mengamalkan karenah suka bantu kroni sendiri. Ya betul. Itu orang bagitau saya. Tetapi saya tak pasti entah betul entah tidak.
2. Negeri yang paling banyak menerima bantuan tidak menjadikan ia negeri termiskin. Ini yang orang bagitau saya juga. Dia kata negeri termiskin di malaysia ialah sabah, sarawak dan perak. Aik mana kelantan?
3. Faktor utama kemiskinan meningkat ialah disebabkan kenaikan harga petroleum yang menyebabkan barang-barang lain turut naik harga. Ini apa yang tercatit dalam petikan di atas. Saya yakin dia menipu. Saya ada banyak sebab kenapa saya cakap dia penipu.
4. Negeri terkaya di malaysia seperti sabah dan sarawak mempunyai rakyat termiskin yang paling ramai. Negeri yang mempunyai ramai penduduk miskin seperti sabah, sarawak dan perak begitu sukar mendapatkan bantuan dari JKM akibat karenah pegawai kerajaan. Dan negeri yang paling banyak menerima bantuan JKM tidak menjadikan ianya sebagai negeri termiskin. Faham?
Najib ada bagitau tiada rakyat yang akan terjejas dengan kenaikan harga minyak. Selain dari itu kerajaan juga rela membelanjakan duit buat iklan suruh jimat cermat daripada salurkan wang tersebut untuk imbangi harga minyak dunia. Kan itu bukti najib cekap? Lagipun kalau saya tak cakap dia penipu takan saya nak cakap najib penipu? Sudah tentulah tidak. Najib ialah perdana menteri malaysia. Mengumpat najib kita mungkin masuk neraka. Dan saya sangat takut neraka.
Lagipun kalau pembaca-pembaca suka menonton berita seperti saya, pembaca akan tahu najib telah membuat kenyatan balas secara terbuka kepada singapura berhubung isu wikileaks bahawa "Malaysia ditadbir oleh pemimpin politik yang cekap" nampak? Ada faham? Najib cakap umno cekap. Najib cakap pemimpin bn cekap. Dan najib juga cakap najib ialah cekap.
Jangan salah faham. Kita kena faham. Di dunia ini memang sukar nak cari orang yang boleh puji diri kita. Oleh itu kalau masuk bakul angkat sendiri tak salah. Lagipun zaman serba canggih. Ini bukan zaman bakul2. Ini zaman lif2. Heh
Ameno : Pegawai kerajaan bukan semua nya jujur.