Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 21, 2010

BN Jadikan Malaysia Negara Jakun


Semalam, penulis dapat tengok live Konvesyen PR ke 2 melalui TVS News. Walaupun dok jauh di luar negara, penulis dapat tengok live ini tanpa ada gangguan talian kerana talian internet di sini amat baik.

Walaupun begitu, penulis simpati dengan rakyat Malaysia yang tinggal dalam negara tapi tak dapat tengok live ini dengan selesa kerana selalu ada gangguan kerana talian internet yang teruk.

Sudahlah rakyat negara Malaysia tidak dapat liputan yang adil melalui TV di Malaysia, nak guna internet pun terlalu lemah taliannya. Hanya perwakilan PR dan rakyat yang pergi terus ke Kepala Batas dapat tengok Konvensyen ini secara langsung.

Penulis bukan nak puji negara orang tapi terpaksa puji kerana negara sendiri tak beri hak yang sepatutnya kepada rakyat. Penulis bayar 30 Dollar dapat 100 GB sebulan, tapi di Malaysia berapa GB yang kita dapat?.
Penulis setuju sangat dengan hasrat PR menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital. Namun hasrat ini hanya jadi impian sekiranya rakyat masih beri peluang kepada BN memerintah selepas PRU 13.

Janganlah berharap kepada kerajaan BN untuk memberi kebebasan kepada media massa utama di Malaysia. BN tahu jika diberi kebebasan, rakyat akan dapat banyak maklumat dan hayat kerajaan BN akan menjadi lebih pendek.

Dalam keadaan kemudahan internet yang teruk inipun , rakyat bandar dan separa bandar menolak BN semasa PRU 12 kerana mendapat maklumat yang lain dari maklumat media massa utama di Malaysia.

Sebenarnya, kerajaan BN cukup takut rakyat mendapat maklumat yang tepat dan benar. Mustahil BN memberi peluang kepada pemimpin PR liputan adil di media massa utama.

Lihatlah apa berlaku kepada live soal jawab di parlimen TV1. Setiap kali Ahli Parlimen PR bercakap, hatta untuk bertanya soalan paparan akan ditukar kepada pengacara bertanya soalan kepada tetamu dikalangan Ahli Parlimen BN.

Berbeza sungguh dengan negara penulis tinggal sekarang. TV di sini beri liputan adil untuk kerajaan dan pembangkang. Jika ada sesuatu isu akan diadakan live debat terbuka di TV antara tokoh kerajaan dan pembangkang. Rakyat seluruh negara ini akan dapat menilai hujah kedua parti kerajaan dan pembangkang.

Mungkin BN akan kata negara maju je bagi liputan adil. Penulis harap mereka tengok di Sini

Lihatlah negara jiran kita memberi peluang kepada parti-parti politik berdebat secara terbuka di TV dan disaksikan oleh rakyat.



Rakyat Malaysia memang tidak mendapat hak mereka. Dah la TV tak boleh, akhbar harian tak boleh, akhbar parti disekat dan terhad, talian internet lemah. Terbaru nak buat ceramah pun polis dah mula kacau. Betullah kata Abang Mat Sabu, BN jadikan Malaysia negara Jakun
  
-Tulahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular