Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 12, 2011

Utusan Didakwa Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan


Kalau pekerja sendiripun boleh ditipu oleh Lidah Rasmi UMNO ini

[TVS] KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.


Utusan didakwa memindahkan lebih RM30 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.

Peguam mereka Ravindran Murugavell menyatakan tindakan ini ibarat memberi makan kepada anak angkat tetapi membiarkan anak sendiri kelaparan.

Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.

Keputusan dijangka dikeluarkan sebulan kemudian.

P/s: Pekerja Utusan sudahlah terpaksa berkongsi menerima sindiran, kutukan, penghinaan orang kerana berita yang disiarkan oleh akhbar itu berat sebelah dan berunsur fitnah, malah seperti yang diberitakan oleh TVS, syarikat akhbar itu dikatakan gagal membayar bonus dan menipu jumlah pendapatannya. Kena maki dengan orang "share" bersama, takkan untung tidak mahu "share" bersama?

 Takziah! Bagaimana dengan "share" di akhirat nanti?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular