Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, April 10, 2011

Kebebasan Hak Asasi Hanya Penglipur Lara?


KEMPEN pilihanraya ke-10 DUN Sarawak kini sudah masuk hari ke-4 yang menyaksikan calon parti bertanding sama ada di pihak BN mahu pun pembangkang kelihatan sedang rancak berkempen termasuk kempen perang saraf menerusi media cetak atau elektronik.

Bagaimanapun jika dilihat dari segi pendemokrasian media, khususnya media elektronik di saluran kerajaan seperti Awani, TV3, NTV7, TV1, TV2 telah didapati 99 peratus membantu kempen BN, dan bukannya liberal sepertimana yang didakwa BN sebelum ini.

Persoalannya, di manakah letaknya ketelusan dan kejujuran kerajaan BN dalam menjanjikan kononnya BN bersikap adil, demokrasi dan saksama tetapi sekarang ini ketika kempen pilihanraya Sarawak sedang berlangsung; jelas terbukti BN tidak mengotakan janjinya, sebaliknya lebih ‘bias’ dalam membuat laporan kepada media.

Sepatutnya, pembangkang diberi hak untuk mendapatkan liputan media perdana selain BN yang boleh disifatkan sebagai adil dan saksama supaya rakyat khususnya pengundi bebas membuat keputusan mereka tanpa dipengaruhi mahu pun dipesongkan kepada laporan-laporan palsu dan tempang.

Perkara 10, Bahagian 2, Kebebasan Asasi dan Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata jelas menunjukkan bahawa semua parti yang bertanding mempunyai hak dan kebebasan menggunakan media kerajaan, sama ada ia BN mahu pun pembangkang.

Harus diambil perhatian bahawa baik di pihak pembangkang atau kerajaan BN, rakyatnya adalah mempunyai taraf yang sama tergolong sebagai pembayar cukai. Jadi, apa pun perkiraannya semua yang bertanding mempunyai hak yang sama untuk mendapat liputan media elektronik kerajaan secara sama rata.

Parti parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya seharusnya menggunakan logistik dan kemampuan parti itu sendiri, baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang dan tidak sepatutnya menggunakan kemudahan dan logistik kerajaan sepertimana BN amalkan sekarang ini.

Justeru, terpulanglah kepada rakyat menilai sendiri berdasarkan pengalaman yang berlaku sekarang, manakah dia kaca dan yang mana satu permata. Rakyat tidak boleh berselindung lagi dalam soal ini, malah harus membuat keputusan yang tepat demi masa depan rakyat, khususnya Sarawak.

Sekian.
BAH KUT TEH, SARAWAK (sabahkini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular