Kalau Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak..
Secara tidak langsung Taib mengatakan Menteri Dalam Negeri itu bodoh kerana menghasilkan idea bodoh.. dan Najib juga sekaligus bodoh kerana bersetuju dengan idea bodoh Menteri Dalam Negeri yang bodoh itu..
Dan mereka yang menyokong orang-orang yang bodoh itu memang lebih bodoh kerana telah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh!!
Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud
MUKAH, 9 April – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.
Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.
Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.
“Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata ‘ya, saya setuju’,” kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini.
Isu semasa ini juga dilihat sebagai bahan kempen utama pada pilihan raya negeri ke-10 Sarawak, yang sedang berlangsung.
Pengundian adalah pada Sabtu depan.
Taib berkata, tindakan meletakkan nombor siri pada Alkitab, sebagai mana disyorkan oleh Kementerian Dalam Negeri, adalah tafsiran salah undang-undang oleh pegawai-pegawai peringkat bawahan.
“Perdana Menteri juga bersetuju,” kata Taib sambil menambah, pertikaian ini telah selesai.
Masyarakat Kristian berhadapan dengan pertikaian isu Alkitab yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching.
Dalam ucapan penuh emosional pada majlis pembukaan bangunan baru gereja, Taib juga berkata, beliau terganggu dengan ketegangan yang tercetus antara masyarakat Islam dan bukan Islam, yang turut menjejaskan keharmonian tradisi yang wujud di kalangan penduduk berlainan kaum di Sarawak.
“Biar tidak ada lagi (soal) syak-wasangka antara Kristian, Muslim, Buddha, Hindu. Hari-hari penindasan sudah berlalu.
“Tiada pemaksaan dalam (amalkan) agama (masing-masing). Saya mengatakan perkara yang sama kepada orang Islam,” kata Taib.
Sarawak dilihat sebagai masyarakat lebih toleran berbanding di Semenanjung. Kewujudan keluarga berlainan kepercayaan adalah perkara biasa di mana kedua-dua ibu bapa menganut agama masing-masing walaupun selepas perkahwinan.