Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, April 17, 2011

Dominique Ng terpaksa bersara daripada politik selama-lamanya


Kata orang, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Ayat ini mungkin sesuai sekali ditujukan kepada satu-satunya calon KEADILAN yang berjaya memperolehi kerusi di Negeri Sarawak pada Pilihan raya negeri tahun 2006 yang lalu, Dominique Ng Kim Ho.

Ini berikutan janjinya atau lebih tepat beliau sudah mengumumkan kepada media sebelum ini untuk bertaruh, seandainya beliau berada di tempat tercorot di dalam pertandingan tiga penjuru Pilihan raya negeri, maka beliau akan bersara buat selama-lamanya daripada politik [Bernama]

Mungkin kerana menyangka sebelum ini para pengundi di Pandungan mengundi beliau kerana nama Dominique Ng Kim Ho, maka dengan bongkak beliau berani bertaruh sedemikian rupa. Namun keputusan pilihan raya negeri semalam membuktikan bahawa dengan membawa kekuatan nama Dominique Ng Kim Ho, beliau hanya mampu membazir masa disamping membazirkan wang pertaruhannya sahaja.

Dominique Ng hanya memperolehi 439 undi di DUN Pandungan yang dimenangi oleh calon DAP Wong King Wei dengan majoriti besar 7,884 menewaskan calon Barisan Nasional, Sim kiang Chiok.

Dominique Ng sebelum ini berang apabila tidak dipilih oleh kepimpinan KEADILAN bagi mengekalkan kerusi yang disandangnya pada 2006 menyebabkan beliau bertindak mengganggu undi dengan bertanding sebagai calon Bebas mungkin dengan niat untuk menang atau sekurang-kurangnya mensabotaj calon DAP,malangnya beliau pula yang hilang wang pertaruhan.

Nampaknya terpaksalah beliau bersara dari politik, buat selama-lamanya atau beliau akan diketawakan orang.

ReJaM© "Agak-agak apa nasib Zulkifli Nordin kalau bertanding calon bebas ye?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular