Maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat dari jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor adalah Suruhanjaya Pilihanraya sedang giat mendaftar pendatang asing di Selangor sebagai pengundi.
Adalah difahamkan SPR sedang menjalankan "Ops Sabah" didalam mengulangi sistem yang digunakan oleh UMNO di dalam mengambil alih Sabah dari PBS satu masa dahulu. Yakni dengan memberi IC dan mendaftar para Pendatang Tanpa Izin sebagai pengundi.
Perkembangan ini amat menakutkan memandangkan SPR juga tidak mahu mempamirkan alamat pengundi yang biasanya mereka lakukan dalam Daftar2 Pemilih sebelum ini.
Mengikut maklumat yang Tulang BEsi dapat, di setengah2 tempat, pendaftaran ini berlaku secara terbuka dan pendatang2 asing dibayar untuk mendaftar serta diberitahu bahawa mereka akan diberikan IC sekiranya berbuat demikian.
Perkara ini telah banyak kali TUlang BEsi dedahkan sebelum ini. Namun, yang penting adalah kepimpinan Pakatan Rakyat negeri mengambil sikap yang serius dan membantah nama-nama ini dari Daftar Pemilih di tempat masing-masing.
Hakikatnya, Najib Tun Razak akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menang semula di Selangor. Kalau perkara ini tidak dibendung dan tidak diambil tindakan segera, Selangor bakal bertukar menjadi seperti Sabah.
Marilah juga kita berdoa supaya Allah SWT mengagalkan perancangan kotor Najib Tun Razak ini.
Amin!!!!