Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 2, 2011

PRK Kerdau : (Video) Pemuda PAS Serah Memo Pada SPR, Be End Salah Guna Masjid, Sekolah


 Naib Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP) Pusat, Ahmad Sabki Yusof yang mewakili DPP menyerahkan memorandum tersebut berkata, tindakan terang-terangan oleh BN menggunakan masjid dan sekolah di DUN Kerdau ini juga dipercayai tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.



"Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam," kata beliau. Beliau menjelaskan, antara harta awam yang 'ditakluk' oleh BN dan dijadikan pusat operasi di Kerdau adalah Padang Awam di Teluk Santang, Masjid Batu Sawar, Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25.

Selain itu, beliau juga menegaskan membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penggunaan harta awam juga melanggar peruntukkan dalam Akta Pencegahan Rasuah Malaysia. "Kami juga bercadang membuat laporan SPRM sekejap lagi kerana perbuatan ini juga satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, dan jika disabitkan dalam tempoh kempen merupakan satu kesalahan rasuah sepanjang kempen," kata beliau lagi.

Memorandum yang diserahkan oleh DPP hari ini antara lain turut mendesak SPR, SPRM dan badan-badan berkuasa lain untuk mengambil tindakan tegas dan pantas serta mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan ini. DPP juga turut mendesak agar tindakan undang-undang diambil ke atas pesalah pilihanraya dan mendakwa mereka di mahkamah agar keharmonian dan ketelusan sistem pilihanraya dapat dipelihara./Tvs News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular