Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

UTUSAN RAKYAT ganti Utusan Meloya


Nurul Izzah : Hatta Wahari Ketua Pengarang ‘Utusan Rakyat’



PUTRAJAYA, 4 Mac – Presiden Kesatuan Wartawan Nasonal (NUJ), Hatta Wahari akan menyandang jawatan Ketua Pengarang bagi akhbar ‘Utusan Rakyat’ yang akan dimulakan di bawah naungan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau yang ditemui selepas menghantar borang permohonan akhbar serta ‘mock up’ akhbar tersebut di Kementerian Dalam Negeri pagi tadi berkata, beliau serta  rakan-rakan beliau yakin dengan kemampuan Hatta memimpin akhbar mingguan bersifat dwipartisan itu.
Bagaimanapun, Izzah menjelaskan Utusan Rakyat bukan organ parti politik, sebaliknya merupakan akhbar berkecuali dengan wakil dari kedua-dua Pakatan Rakyat  dan Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan akan diundang menyertai lembaga penasihatnya.
Tambah beliau, keputusan memulakan sebuah akhbar dwipartisan adalah sebagai jawapan untuk persepi bahawa media arus perdana dikongkong oleh kerajaan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 serta milikan media oleh sesetengah parti politik menjustifikasikan persepsi “berat sebelah” atau prasangka pengarang dalam laporan mereka.
“Justeru, saya bersama beberapa rakan mengambil keputusan untuk memulakan sebuah akhbar mingguan dalam Bahasa Malaysia bertajuk ‘Utusan Rakyat’. Ketua  Editornya adalah saudara Hatta Wahari, Presiden NUJ dan bekas editor Utusan Malaysia. Akhbar mingguan ini, Utusan Rakyat, bersifat dwipartisan dan saksama dalam laporan dengan mengambil kira suara dan pendapat pelbagai pihak,” jelas beliau.
Ditanyakan berkenaan perlantikan Hatta sebagai Ketua Editor kepada akhbar yang telah diusahakan penubuhannya oleh beliau sejak kira-kira setahun lalu, beliau  berkata pendirian Hatta bagi memberi ruang kepada parti pemerintah serta pembangkang selari dengan hala tuju akhbar tersebut.
“Secara peribadi saya teruja dengan keazaman dan semangat beliau mempertahankan pendirian beliau dan dalam satu mesyuarat antara beliau dan kami, beliau  telah menyatakan bahawa antara sebab Utusan Malaysia mengambil tindakan terhadap beliau adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan polisi Utusan Malaysia  yang tidak membenarkan suara pembangkang disiarkan dalam akhbar arus perdana itu,” kata beliau.
Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Rakyat boleh direalisasikan melalui pimpinan lembaga penasihat pengarang dapat memberikan pandangan yang lebih menyeluruh  kepada isu-isu semasa.
“Pada waktu ini, lembaga tersebut dianggotai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai wakil badan bukan kerajaan dan saya sebagai wakil Pakatan Rakyat. Beberapa  tokoh politik pihak BN pun sudah saya jemput, walaupun masih belum memberikan kata putus, pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif dwipartisan ini,” kata beliau lagi.
Izzah berpendapat media tidak sepatutnya dikongkong ataupun dikawal oleh mana-mana parti politik dan atas sebab inilah beliau tidak mahu menjadi ketua  pengarang, tetapi sebaliknya memberikan jawatan tersebut kepada Hatta yang lebih berpengalaman dalam bidang ini.
“Saya berharap dengan adanya Utusan Rakyat, rakyat Malaysia akan menikmati wacana baru yang dapat membantu kita semua mendekati isu-isu terkini dengan fikiran matang, minda rasional dilengkapi jiwa yang benar-benar merdeka,” kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular