Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

PASUKAN CANTAS BUKIT AMAN DI KERDAU

PRK Kerdau - Awasi!! Pasukan Cantas Khas Bukit Aman

AWAS!!! Jentera PAS di semua peringkat di minta supaya berwaspada dengan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman yang sedang berlegar-legas di kawasan pilihanraya DUN Kerdau.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Abd Wahid bin Endut telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton PErdana warna putih nombor pendaftaran, WEU 3632 yang menggunakan logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di cermin hadapan kereta tersebut.

Pada kertas yang mempunyai logo PDRM itu, tertulis " PRK N28 DUN KERDAU, PAHANG PASUKAN CANTAS KHAS BUKIT AMAN (SILA BERI KELONGGARAN)."

Apa yang menjadi kemusykilan tujuan pasukan ini di tubuhkan oleh polis bukit aman dan kemungkinan ia akan digunakan oleh jentera Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu semua ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan memerhatikan gerak-geri pasukan ini.

Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan sila maklumkan terus ke bilik operasi pusat piliha raya PAS.

Note: Pasukan catas untuk perogol, perompak, ragut, bunuh dan macam-macam kes jenayah yang tak pernah selesai di Malaysia ni tak nak ditubuhkan ke? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular