Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

 Jangan biarkan BN buat sesuka hati untuk rakyat

Intan Abdullah   
JASIN, 3 Mac: PAS menyeru kepada pengundi Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau agar membuat penilaian yang bijak dalam menentukan pemimpin bagi kawasan berkenaan pada 6 Mac ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia adalah bukti bahawa mereka sayangkan negara dan mengambil berat maruah diri mereka sendiri.
"Jika ada rasa sayangkan negara, kita perlulah mengundi untuk masa depan serta kebajikan rakyat, jangan buat ikut suka-suka hati sahaja," ujarnya dalam satu ceramah kempen di Merlimau Utara, malam tadi.
Tambahnya, sebagai rakyat yang mempunyai jati diri serta hak sebagai pengundi kita tidak harus membiarkan diri terus diperbodohkan oleh sesetengah pihak.
"Kita masih melihat pelbagai cara yang dilakukan Umno BN seperti menaikkan harga minyak, harga barang, memansuhkan penggunaan bahasa jawi dan banyak lagi tindakan berani kerana mereka (Umno BN) tidak melihat sebarang tindak balas negatif daripada rakyat.
"Jadi, mereka anggap rakyat boleh menerima apa jua yang BN lakukan kepada mereka," katanya.
Sambil membuat perbandingan dengan perkembangan negara-negara Asia Barat yang sedang bangkit menggunakan kuasa mereka untuk menumbangkan kerajaan, Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata kerajaan yang hampir sama boleh berlaku di negara seperti Malaysia.
"Kita bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan, tidak mudah untuk hanya tunduk kepada sebarang kezaliman dalam tempoh yang lebih lama," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau menjawab segala tohmahan daripada sesetengah pihak yang berasa sangsi dengan kesepaduan PAS dan DAP.
"Sekarang kita hairan apabila orang Cina dan India telah menyokong PAS, sebaliknya orang Melayu masih lagi menyokong Umno.
"Sehinggakan sekarang ini PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS bagi membolehkan orang bukan Melayu terus berada dalam PAS, inilah bukti keterbukaan PAS dan perkembangan positif yang pelik tetapi menarik untuk dilihat," ujarnya lagi. - Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular