Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

Berita Gembira untuk Pengundi DUN Merlimau dan Rakyat MELAKA

Cukai tambahan baru untuk Negeri Melaka, terima kasih Ali Rustam!

Berita baik untuk penduduk negeri Melaka, Ketua Menteri Ali Rustam yang anda sayangi mengeluarkan satu lagi arahan cukai tambahan untuk menambahkan beban rakyatnya.

Di bawah ini dokumen bukti bahawa Ketua Menteri, Ali Rustam yang mendakwa negerinya sebagai Negeri Maju walaupun tiada sebarang pengiktirafan dari mana-mana pihak, telah mengeluarkan surat arahan meminta cukai tambahan dari premis-premis berkenaan kerana cukai yang baru ini telah dikuat kuasakan sejak 1 Januari lalu.

Maka selepas ini anda harus menyediakan duit lebih kerana anda perlu membayar lebih cukai terhadap 31 perkhidmatan Hiburan seperti Karaoke, Teater, Konsert, Pertunjukkan muzik, Panggung Wayang, Ceramah/Syarahan dan sebagainya (sila baca sendiri dalam dokumen yang dilampirkan di bawah ini).








Tidak cukup dengan cukai hiburan sedia ada, Negeri Melaka membuat penambahan cukai lagi untuk mengambil duit anda semua. Apa pun anda tak perlu risau, kerana semua duti hiburan tambahan ini akan terus dimasukkan ke dalam bil anda. Maka anda tidak akan sedar duit anda digunakan untuk membayar cukai hiburan tambahan ini kah kah kah.

Apa perlunya cukai tambahan ini? Hanya Ali Rustam yang tahu, mungkin Melaka nak jadi Bandaraya Paling Maju Di Malaysia Pula. Apa yang pasti rakyat terpaksa mengeluarkan duit kocek untuk diberi kepada Kerajaan Negeri tak kira sama ada anda penyokong UMNO, penyokong PAS, penyokong Akademi Fantasia mahupun penyokong Parti Komunis Negeri German kah kah kah!

Hidup Melaka! Hidup Ali Rustam! Padan Muka Rakyat!

ReJaM© "Satu Malaysia Duit Rakyat Dulu dihabiskan kah kah kah"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/cukai-tambahan-baru-untuk-negeri-melaka.html#ixzz1FnInH9SG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular